NUR SADIQA SAFA wanita yang berumur 27 tahun, berat badan melebihi 95kg, berkulit gelap, tidak gemar bergaya dan tidak pula peduli dengan kata orang tentang penampilannya. Dia selesa dengan penampilan sederhananya.
Tapi apabila MOHAMED ZULHAIRI, seorang usahawan yang berjaya dan sangat kacak memberitahu ayah Sadiqa bahawa dia ingin menghantar rombongan merisik, Sadiqa tergamam.
Bukan saja Sadiqa belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki tidak dikenalinya, dia belum dapat lupakan
sejarah silam yang berlaku 5 tahun lalu. HAFIS, bekas tunangnya tinggalkan Sadiqa pada hari perkahwinan mereka tanpa sebarang penjelasan.
Tetapi karena ingin menyenangkan hati ayahnya, RASHIDI, dia menerima pinangan tersebut. Namun, semua menjadi tanda tanya apabila Sadiqa terdengar perbualan Zul dengan seorang wanita. Sadiqa sangsi dengan niat sebenar Zul yang ingin berkahwin dengan wanita bersaiz besar sepertinya.
Apakan rahsia yang disembunyikan Zulhairi? Dapatkah Sadiqa melupakan sejarah silamnya? Akankah hubungan mereka berakhir di jinjang pelamin?
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.