GAMIFIKASI DALAM PENDIDIKAN: PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN ialah sebuah karya yang memperkenalkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif kepada guru, pensyarah dan ahli akademik Malaysia. Gamifikasi merupakan satu bidang ilmu yang menjadikan aktiviti yang asalnya bukan permainan sebagai suatu aktiviti bermain yang formal. Dengan itu, hasil gamifikasi lazimnya digelar sebagai permainan serius.
Fokus amalan gamifikasi dalam buku ini tertumpu pada bidang pendidikan, dan ia disusuli dengan amalan pembelajaran berasaskan permainan atau game-based learning (GBL). Kedua-dua konsep ini dibincangkan dengan panjang lebar bagi memberi kefahaman kepada mereka yang baharu berjinak dalam bidang ini. Langkah-langkah dalam gamifikasi juga dijelaskan bagi menghasilkan permainan yang boleh dimanfaatkan dalam pendidikan. Hasil gamifikasi ini akan lebih bermakna dengan pendedahan kepada pembaca tentang kaedah pelaksanaannya, potensi dan cabaran dalam amalam GBL ini.
Beberapa sintesis daripada pengaplikasiannya dalam pendidikan membantu lebih kefahaman kepada pembaca dalam memahami gamifikasi dalam pendidikan.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.