Bercinta bagai nak rak, tapi kecundang jua akhirnya. Aireen Sofeena kecewa apabila Huzair mengambil keputusan untuk memutuskan tali pertunangan mereka. Alasannya? Mama. Again.
Dari dulu sampai ke sudah, mama dia saja puncanya. Konon nak menantu solehah, bercirikan perempuan Melayu terakhir. Bukan seperti dia yang anti baju kurung dan alergik sifat lemah-gemalai.
Tapi, sedih dan meratap bukan sifat Aireen Sofeena. Cukuplah menangis sehari. Esok, terus bangkit dan berdiri. Hidup perlu diteruskan. Orang sudah tak mahu, takkan mahu terhegeh-hegeh menyorong pipi.
Baru nak menjerit slogan femes "Kita Enjoy", puan emak dan Tok Mak pula buat kejutan. Tiba-tiba muncul jodoh dari langit. Jodoh dari kayangan bak kata adiknya, Aira.
Duh, kayangan apa? Lelaki kampung berselut sawah, entah siapa-siapa hendak dikahwinkan dengan dia. Hell No!
Tapi, kelakar.
Lelaki dari kayangan itu, yang mengubah diri seorang Aireen Sofeena.
Berbekalkan wajah ala-ala Imam Muda pujaan gadis kampung, bicara dan gaya tubuh lelaki itu selalu menyenangkan.
Tak payah dipaksa, dia sendiri mengikut rentak lelaki itu tanpa sedar.
Tiba-tiba malu nak buat perangai ribut.
Tiba-tiba rasa nak jadi baik.
Selesa dengan dia? Ya, mungkin.
Jatuh cinta? Takkanlah!
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.