Membaca kisah sejarah Utusan Melayu Di Depan Api di Belakang Duri anda akan menginsafi, memahami dan mengakui bahawa akhbar Utusan Melayu dan Utusan Malaysia bukanlah sebuah akhbar biasa tetapi akhbar perjuangan yang tidak ada tokok bandingnya di negara ini.
"Utusan Melayu tidak akan dapat dipisahkan daripada perjuangan bangsa Melayu."
-Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
"Belum pernah dalam sejarah persuratkhabaran Melayu, sebuah akhbar dapat hidup begitu lama.
Inilah sejarah yang diukir oleh Utusan Melayu."
-Tun Abdul Razak Hussein
"Pada masa lalu, Utusan berjaya menyatupadukan orang-orang Melayu serta meningkatkan semangat
kebangsaan sehingga tercapainya kemerdekaan, sudah tentu pada masa ini boleh memainkan peranan
bagi menyampaikan perutusan tertentu sehingga tercapainya matlamat Dasar Ekonomi Baru."
-Tun Hussein Onn
"Saya berbangga kerana Utusan dapat bertahan ke hari ini walaupun telah menempuh pelbagai
rintangan dan cabaran."
-Tun Dr. Mahathir Mohamad
"Saya yakin dan amat berharap agar media di Malaysia sentiasa menjungjung prinsip tanggungjawab demi
kepentingan bangsa dan negara. Jangan hanya kerana nilai-nilai komersial, kita membunuh nilai-nilai
murni yang diharapkan masyarakat."
-Tun Abdullah Ahmad Badawi
"Biarlah dalam abad ke-21 ini, Utusan terus menjadi Institusi yang unggul atas nama perjuangan
bangsa dan agama."
-Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.