[ No Description ]



 



RM 70.00

Buku ini mempersembahkan susunan adat istiadat yang diamalkan dalam Kesultanan Melayu Kelantan yang menjadi lambang warisan kesultanan Melayu di negeri Kelantan dan inti patinya berasaskan buku Halaman Adat Istiadat Raja D’Raja Kelantan. Mengandungi 16 bahagian, buku ini merangkumkan keseluruhan adat istiadat penting warisan raja-raja Melayu di negeri Kelantan. Istimewanya buku yang mengandungi sejumlah 2069 rangkap ini diolah kristis oleh 23 orang penulis Kelantan yang berpadu pemikiran menggarap persembahan dalam bentuk pemikiran kreatif yang berseni, iaitu dalam bentuk syair. Persembahan dalam bentuk syair ini melambangkan ketinggian akal budi dan penciptaan tinggi yang berseni lagi indah, dan sekali gus memaparkan keunikan dan keistimewaan Kelantan sebagai salah sebuah negeri yang berdaulat dan kaya dengan seni budaya dan warisan di Malaysia. Naskhah ini sesuai dibaca, dikaji dan dihayati oleh generasi hari ini dan akan datang bagi menelaah dan mengetahui secara lebih mendalam mengenai adat istiadat yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Kelantan sejak zaman-berzaman.
view book