[ No Description ]
Asas Pembinaan Taman Teraputik membincangkan isu pemulihan kesihatan yang melibatkan nilai estetika melalui penggunaan elemen-elemen alam seperti tumbuh-tumbuhan, gunung ganang dan air. Taman terapeutik yang dibincangkan di sini berfungsi mengaktifkan minda dan emosi bagi tujuan pemulihan melalui reka bentuk taman yang bercirikan nilai-nilai estetika, aromatik dan istirahat. Teraputik diterangkan menerusi teknik susun atur tumbuh-tumbuhan daripada pelbagai warna dan bau. Teknik ini berpotensi merangsang deria mata dan hidung. Manakala elemen air digunakan untuk mempengaruhi deria pendengaran untuk merangsang tindak balas minda bagi tujuan yang sama. Buku ini telah memaparkan beberapa teori yang relevan bagi mempertingkatkan kekesanan taman terapeutik. Bersandarkan teori psikologi tingkah laku, pandangan Gestalt dan persepsi warna telah disesuaikan dalam aspek teraputik. Selain itu, falsafah Yin Yang dan Zen juga turut dibincangkan.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.