Klef adalah sejenis ketidaksempurnaan yang berlaku pada bahagian muka
ketika bayi di dalam kandungan ibu. Klef atau rekahan ini selalunya berlaku
pada bahagian bibir atas dan juga boleh melibatkan gusi, lelangit dan/
atau anak tekak. Klef boleh terbentuk seawal minggu keempat sehingga
minggu kedua belas kehamilan semasa tempoh pembentukan muka bayi.
Tisu dan beberapa bahagian muka bergerak mengikut arah tertentu supaya
ianya dapat bercantum untuk membentuk bibir dan lelangit. Kegagalan
percantuman tisu pada tempoh pembentukan muka bayi ini menyebabkan
klef berlaku. Klef juga dikenali sebagai rekahan atau sumbing. Namun,
berdasarkan maklum balas daripada ibu bapa dan warga klef, mereka
sependapat lebih selesa dengan pengunaan perkataan klef berbanding
sumbing. Seseorang yang lahir dengan keadaan klef boleh menjalani
kehidupan seperti biasa dan mengejar cita masing-masing sekiranya
rawatan klef mereka dapat diuruskan dengan sesempurna yang mungkin.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.