[ No Description ]



 



RM 18.00

Gunung Rinjani terletak di tengah kepulauan Nusantara merupakan gunung berapi tertinggi kedua di Indonesia. Ia merupakan sebuah mahligai alam semulajadi yang sangat indah. Kecantikannya sekali pandang akan terukir dalam ingatan buat selama-lamanya. Langit biru yang membentangi alam, kabus putih yang melayang lembut serta kehijauan hutan tropika menjadikan Gunung Rinjani sebagai permata alam yang tiada bandingan. Namun, di sebalik pesona indahnya yang memukau, tersembunyi kisah yang bersulam misteri dan air mata. Misi Rinjani yang dipimpin oleh Kapten Jakka, melancarkan operasi ke kawasan yang belum pernah diterokai dan penuh dengan ancaman tersembunyi. Demi mencari dan menyelamat para pendaki ekspedisi yang hilang di gunung itu. “This is a fearless mission, doctor. I don’t want something happen to you. As I told you the consequences could be worst. This is not a playhouse, doctor. You can die inside the forest and I don’t want that to happen to you.” – Kapten Jakka Doktor Atikah, pegawai kanan forensik yang turut berdegil menyertai Misi Rinjani, akhirnya berjaya mengesahkan satu penemuan terbesar bagi Misi Rinjani. Namun begitu, misi mereka menjadi lebih sukar apabila mereka menemukan lebih banyak tulang-belulang manusia termasuk tulang pelvik wanita. Sekaligus menandakan beberapa mangsa yang sudah lama terkorban dalam gunung misteri itu. “Satu lagi penemuan tulang, kapten. Tapi kali ni lebih kecil.” – Pasukan KJ “Ini tulang pelvik. Milik seorang wanita. Tulang pelvik atau pinggul wanita kebiasaannya lebih besar daripada tulang pinggul lelaki. Oleh sebab itu, Allah Taala memberi keistimewaan untuk para wanita mengandung, menampung berat anak dalam perut mereka dan melahirkan anak dengan mudah kerana tulang pelvik yang lebih besar dan kukuh.” – Doktor Atikah Dengan tekad dan kecekapan pasukan Kapten Jakka, Misi Rinjani wajib diteruskan. Dalam kesunyian hutan belukar, dalam ketebalan gunung, dalam setiap langkahan berhati-hati dan penuh teratur, dalam kegelapan misteri yang tidak terungkai, dalam pengharapan jitu setiap anggota. Walau yang tersisa hanya serpihan tulang belikat. Apakah yang menanti Kapten Jakka dan pasukannya? Sama-sama kita rungkai dalam Kapten Jakka: Rinjani, His Fearless Mission.

view book