[ No Description ]



 



RM 10.50

Edisi kali ini menampilkan pelbagai perkongsian yang mencerminkan usaha berterusan dalam memperkukuh sektor agromakanan negara melalui penyelidikan, inovasi dan pemindahan teknologi. Segmen rencana umum kali ini membawa pembaca meneroka pelbagai aspek pertanian dan agromakanan, daripada kesihatan tumbuhan dan keselamatan makanan hinggalah kepada isu perosak, ternakan, kelestarian alam sekitar serta sekuriti makanan. Perkongsian ini diharap dapat membuka perspektif baharu tentang cabaran yang dihadapi dan peluang yang boleh diterokai dalam sektor pertanian. Dalam segmen inovasi, edisi kali ini mengetengahkan pelbagai teknologi yang dibangunkan untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan kemampanan pengeluaran pertanian. Antaranya termasuk sawah pintar, teknologi penyimpanan benih padi dan beras jangka panjang, biosensor biotoksin kerang, semburan hormon secara pintar dan penggunaan mikrob bermanfaat sebagai baja. Pelbagai inovasi tanaman, pengurusan hasil serta teknologi pemprosesan dan pemanfaatan sisa turut disajikan.

view book