Bintang Mas adalah klon hibrid belimbing baharu MARDI yang
telah diisyhtiharkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
pada 7 April 2019 di MARDI Kluang untuk merancakkan kembali
industri belimbing negara. Bintang Mas dihasilkan melalui program
pembaikbakaan yang telah dimulakan pada tahun 1986 di MARDI
Kluang untuk menambah baik kualiti buah terhadap klon belimbing
sedia ada bagi tujuan pasaran segar. Klon hibrid belimbing pertama
di Malaysia ini dipilih sebagai klon yang terbaik daripada 6,000 titisan
hibrid F1
yang dihasilkan melalui kaedah kacukan berbantu terkawal
daripada induk terpilih. Belimbing hibrid ini mempunyai kualiti terbaik
untuk dimakan segar dan dijangka mampu meningkatkan eksport
belimbing negara ke arah pengeksportan Golden Starfruit sebagai
buah ‘premium segar’
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.