[ No Description ]
Buku ini diterbitkan sebagai satu usaha untuk memberikan gambaran mengenai pembangunan dan pengurusan modal intelek dalam pelancongan mesra Muslim. Ekoran daripada penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah memberi kesan yang sangat buruk kepada industri pelancongan antarabangsa dan domestik. Namun begitu, dari sudut positifnya, pelancongan mesra Muslim merupakan produk dan perkhidmatan yang tepat untuk ditawarkan kepada pelancong kerana Islam amat menekankan kepada aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan. lni sangat selari dengan langkah utama dalam usaha untuk menghindari wabak Covid-19 iaitu menjaga kebersihan. Selain itu, penawaran perkhidmatan mesra Muslim juga merupakan satu "segmen" pasaran baharu dalam industri pelancongan dan merupakan nilai tambah kepada pihak pengusaha hotel. Oleh itu, sektor pelancongan perlu meningkatkan usaha dalam mengkomersialkan pembangunan dan pengurusan yang mencerminkan mesra Muslim serta dapat memberikan keyakinan kepada pelancong.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.