Buku ini membahaskan lima tajuk penting berkaitan pendidikan dan hubungannya dengan
peradaban. Bermula dengan perbahasan berkaitan peranan pandangan alam sebagai kerangka asas
yang penting dalam pembinaan peradaban. Ini diikuti dengan perbincangan berkaitan makna
pendidikan dari sudut tradisi Islam yang berasaskan konsep adab sebagaimana yang dihuraikan oleh
ilmuwan mu’tabar Islam. Aspek lain yang disentuh dalam buku ini ialah kedudukan ilmu dan aqal
sebagai teras peradaban terutama dalam menghadapi cabaran ledakan maklumat dan kekeliruan
ilmu di era digital hari ini. Di peringkat pemikiran dan falsafah, tajuk berkaitan cabaran falsafah
sekularisme dan perubahan nilai menyentuh bahaya ancaman sekularisasi yang berasaskan prinsip
perubahan terutama kepada pendidikan Islam. Perbahasan buku ini diakhiri dengan tema penyucian
jiwa sebagai teras pendidikan dan prasyarat peradaban sesuai dengan falsafah pendidikan dalam
Islam untuk melahirkan insan yang baik dan berakhlak mulia.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.