[ No Description ]
Buku Kebitaraan Pengajian Melayu dari Perspektif Bahasa, Sastera dan Budaya menghimpunkan tulisan-tulisan yang menonjolkan ketinggian akal budi dan kerencaman kebudayaan masyarakat yang dikupas dari perspektif Pengajian Melayu. Pelbagai aspek berkenaan dengan kebitaraan pengajian Melayu dibincangkan dalam buku ini yang merangkumi aspek bahasa, linguistik, kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan Melayu. Semoga segala tulisan yang ditampilkan dalam buku ini akan dapat memberikan manfaat yang signifikan dalam menyerlahkan kebitaraan Pengajian Melayu dan kekayaan khazanah budaya yang tersemat dalam jiwa masyarakat. Kupasan dari perspektif bahasa, sastera dan budaya pula diharapkan memberikan sudut pandang baharu kepada khalayak pembaca bahawa Pengajian Melayu akan terus kekal sebagai bidang ilmu yang unik, istimewa dan tiada tara dalam menongkah arus kemodenan.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.