[ No Description ]



 



RM 12.00

Tahun 2311 Alam yang Tiada. Apabila satu-satunya entiti yang mengurung Batara Kala di dalam Alam yang Tiada terhapus, alam itu hilang saktinya. Pintunya terbuka luas. Batara Kala kini bebas. Gerakan Al-Asr mula beroleh pengaruh dan Detektif Hawa bersama pasukan polis Kota Langit Kuala Lumpur memulakan operasi penyelinapan ke dalam organisasi agama itu. Chaira pula mengenderai Konglomerat Tangga Emas setelah kematian ayahnya, Tuan Rose merangkap Sang Ghaib. Ezani, selaku Api Ilahi kian galak menghapuskan kekuasaan kerajaan-kerajaan jin dan dewata merentasi Samudera Mega. Pertarungan demi pertarungan mengukuhkan kepercayaannya bahawa Allah SWT telah menghantarnya ke dunia ini demi mengamankannya daripada kejahatan. Namun, segalanya merupakan percaturan Batara Kala yang mahir bermain waktu dan juga ruang – mewujudkan alam-alam yang tidak berpijak pada hukum alam sedia ada. Pertarungan Ezani dengan Nyai Roro Kidul membuka suatu lagi kisah silam yang sekian lama terpendam. Hubungan Jagat Gelap dan Api Ilahi kini berada dalam bahaya. Muslihat demi muslihat, kejahatan bertukar wajah. Antara nafsu atau perjuangan, mereka harus bersedia untuk mendepani natijahnya. Permainan waktu dan ruang. Batara Kala menyusun pencaknya.
view book