Telah sampai janji Tuhan kepada saya, Memen yang Dia pinjamkan hampir 12 tahun, Dia ambil kembali pada 5 Julai 2014.
Saya bukan ustazah, saya masih lagi berterusan belajar tentang agama, tetapi saya tetap sama seperti ibu-ibu yang lain, mahu anak-anaknya ke syurga.
Inilah saya, mahu berkongsi tentang Memen, tentang seorang anak yang memberikan saya banyak kejutan semasa hayatnya, dan tidak saya tahu, selepas dia sudah tiada, kejutan yang diberikannya ternyata lebih besar.
Kejutan-kejutan yang datang dengan bentuk cerita daripada mereka yang mengenalinya, tentang siapa sebenarnya Memen.
Mahu saya berkongsi kisah Memen ini dengan banyak maksud yang baik, dan maksud paling utama adalah, didik dan sayangilah anak kita semampu kita, kerana kita tidak tahu, siapa yang akan pergi dahulu, kita ataupun mereka.
Al-Fatihah
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.