Kajian tentang sastera rakyat Iban yang dikenali suku Iban sebagai leka main memang sudah banyak dilakukan. Buku ini memberi fokus kepada salah satu daripada genre leka main yang unik dan jarang mendapat perhatian, iaitu ensera atau epik rakyat. Ensera adalah cerita kepahlawanan yang mengagungkan wira dan kebaktian kewiraan. Salah satu daripada epik kepahlawanan tersebut ialah Ensera Ayor yang meraikan Ayor sebagai wira rakyat Iban yang ulung. Berbeza dengan kajian sebelumnya, kajian ini bukan sahaja mendokumentasikan teks ensera tersebut, tetapi juga meletakkannya dalam konteks sastera rakyat Iban secara keseluruhannya, termasuk jenis, ciri dan fungsi kemasyarakatannya. Untuk membolehkan teks ini dimanfaatkan secara lebih luas, maka teks ini turut diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Justeru, buku ini dianggap sebagai satu sumbangan yang cukup signifikan kepada pengkaji folklor.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.