[ No Description ]



 



RM 15.90

Ingatkan bila kahwin dengan Ikmal, semua masalah akan selesai. Tak adalah orang asyik bertanya bila mahu makan nasi minyak. Rupa-rupanya dugaan yang diterima lebih dahsyat. Dia seakan dimadukan dengan anak tiri dan bekas isteri suaminya. Dulu, sibuk sangat si Nadia tu minta cerai. Bila Ikmal sudah bahagia bersama Aleeya, boleh pulak dia terhegeh-hegeh hendak menuntut cinta lama. Gila talak ke apa? Konon-konon anak-anaknya tak boleh hidup tanpa ayah. Padahal… Ikmal sedikit pun tak pernah abaikan tanggungjawabnya. Huru-hara jadinya hidup Aleeya. Puas ditepis-tepis akhirnya dia mengalah. Biarlah Ikmal kembali kepada Nadia. Dia sudah biasa sendiri. Hatinya tidak sakit, kepalanya tidak pening. Kebahagiaan dirinya biarlah ALLAH yang tentukan. Jika tiada jodohnya di dunia… mungkin di akhirat ada yang menanti.
view book