[ No Description ]



 



RM 19.90

PERKENALAN antara Hanim dan Aldir bermula di Facebook. Namun, setelah bertemu dua muka, mereka berdua sering bertelingkah. Malah, Aldir sering buat hati Hanim tergores luka. Aldir punya alasan tersendiri menyisihkan Hanim. Berasa diri tertipu, akhirnya Aldir terpikat pada kejelitaan Hana yang jauh beza berbanding Hanim. Hubungan makin sukar apabila Aldir jatuh hati pada kakak Hanim. Dalam masa yang sama, Aldir memaksa Hanim bekerja di Restoran Siang Malam miliknya, demi melunaskan hutang. Hati Hanim sentiasa disakiti dan terluka. Cuma saat manis itu tetap ada walaupun pahit sering menimpa hubungan Hanim dan Aldir. Saat batu giling menari, ketika itu sebenarnya irama cinta mereka sedang menari bersama. "Ada ke patut, hari-hari disuruhnya Nim menggiling cili dan rempah-ratus tak sudah-sudah, mak. Katanya, secret recipe untuk restorannya." - Hanim "Habis, kerja high class macam mana yang you mahu? Jadi tauke restoran macam I? Tunggu I nikah dengan kakak you dulu." - Aldir "Tak apalah, kalau bahan tu memang keperluan utama restoran dia. Dia menghargai warisan keturunannya. Kau ada? Mak ni hari-hari buat kuih macam-macam, ada kau dua beradik bercita-cita macam Aldir tu nak kembangkan perniagaan mak? Ada?" - Puan Maimun
view book