Buku ini membentangkan kearifan tempatan dalam bentuk seni dan warisan. Keindahan seni dan keunikan teknologi dalam kehidupan masyarakat nusantara; khasnya masyarakat Melayu menjadikannya unggul dalam kelas yang tersendiri. Ilmu kearifan tempatan ini perlu dihubungkaitkan dengan penerokaan penggunaan teknologi dalam memelihara seni dan warisan. Ilmu kearifan tempatan yang ditekuni merangkumi pelbagai disiplin yang dikelompokkan ke dalam beberapa alam, seperti alam sejarah, alam sastera, alam pendidikan, alam masyarakat desa, alam perubatan tradisional, alam rohaniah, alam seni, alam pembinaan, alam perkapalan dan perniagaan, alam pengurusan/adat tradisional Melayu, alam air, alam belantara dan alam pertanian. Justeru, demi melestarikan kepelbagaian disiplin alam ini, buku Penerokaan Teknologi Melalui Seni dan Warisan dalam Kearifan Tempatan menyajikan ilmu kearifan tempatan dalam teks berbahasa Melayu.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.