"Pembangunan dunia yang begitu pesat telah menyebabkan peningkatan pencemaran alam sekitar, terutamanya pencemaran udara yang telah memberikan pelbagai kesan negatif. Sehubungan ini kawalan pencemaran udara perlu diusahakan dan dipertingkatkan untuk mencegah pembebasan bahan pencemar berbahaya ke dalam atmosfera. Pengetahuan tentang bahan pencemar, konsep metereologi dan isu pencemaran udara dan iklim sejagat semestinya perlu difahami terlebih dahulu, diikuti kaedah pengukuran kadar pembebasan bahan pencemar serta perkembangan teknologi terkini bagi merealisasikan usaha ini. Senario pencemaran udara ini juga perlu dilihat daripada aspek undang-undang dan peraturan kawalan udara.
Buku Pengenalan Kepada Pencemaran Udara ini amat sesuai dijadikan rujukan dan panduan para pelajar, jurutera dan mereka yang berminat tentang masalah dan kawalan pencemaran udara. Gaya penyampaian buku yang ringkas namun padat sememangnya menjadi hasrat penulis agar memudahkan pemahaman pembaca. Kes kajian bahan pencemar daripada sektor tenaga, iaitu arang batu turut dibincangkan untuk memberi gambaran sebenar tentang situasi yang berlaku.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.