Selepas diberhentikan kerja dan ditinggalkan kekasih hati, Hail Ali
pulang ke kampung halaman dengan hati yang luka. Dia menjadi pendiam dan
lebih suka menyendiri. Dirinya sudah putus asa meneruskan kehidupannya.
Hari demi hari keadaan Hail Ali membimbangkan Pak Yunus dan Mak Doyah.
“Ayah nak tanya, hang dah pikiq nak buat apa lepas ni? Apa plan
hang?” – PAK YUNUS
“Tak tau ayah! Otak ni dah tak larat nak pikiq.” – HAIL ALI
“Jangan la macam tu! Jangan cepat nak putus asa! Hidup ni kena
teruskan! – PAK YUNUS
Pak Yunus selalu memberi nasihat dan kata-kata sokongan agar anak
bongsunya itu agar bangkit semula meneruskan kehidupan. Cadangan Pak
Yunus untuk Hail Ali membuka warung arwah ayahnya diterima baik oleh Hail
Ali.
Dengan matlamat baru, Hail Ali berubah . Pak Yunus dan Mak Doyah
gembira dengan perubahan Hail Ali. Pembukaan warung arwah datuk Hail Ali
menjadi titik permulaan hidup baru di kampung.
Kehadiran wanita sebelah rumah bernama Akifah Melor menimbulkan
rasa kurang selesa pada Hail Ali. Ke mana saja Hail Ali pergi, di situ ada
Akifah Melor. Tambahan pula, Akifah Melor rapat dengan Mak Doyah. Tiap
kali Alifah Melor cuba mendekati, Hail Ali pasti melarikan diri.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.