[ No Description ]



 



RM 16.10

“Macam mana rasanya bercinta?” “Macam mana kita nak tahu yang kita dah jatuh cinta pada orang tu?” “Apa maknanya cinta?” Banyak tanda tanya dan persoalan yang Dania tidak tahu tentang cinta. Selama dia hidup, belum pernah dia merasakan rasa itu. Meskipun ada yang cuba mendekati dan merayu agar gadis itu menerima cinta, namun Dania enggan kerana dia belum menemui rasa cinta yang selalu diperkata-katakan indah oleh semua orang. Adakah selama-lamanya Dania takkan menemui insan yang tepat untuk mengajarnya tentang erti rasa cinta? Jika masih ada peluang itu, siapakah yang akan menjadi teman hidupnya kelak? Takdir menemukan Dania dengan lelaki bandar merangkap bosnya iaitu Rayyan. Walaupun semuanya bermula atas dasar terpaksa, namun demi menghormati tugas yang baru dipikulnya, akhirnya Dania menerima rasa itu dengan penuh bahagia. Tapi bahagiakah dia selepas menemui Rayyan? Atau semenjak hadir dalam hidup sebenar lelaki itu, Dania semakin terseksa dan semakin benci pada rasa cinta yang konon-kononnya dikatakan penuh indah dan bahagia itu? “Hesy, perempuan ni! Ada yang makan penampar juga dengan aku nanti.” “Tamparlah! Tampar! Awak ingat penampar awak aje boleh pakai? Penampar saya, nak letak di pajak gadai?” Dek tak tahan dengan Rayyan, Dania mengambil keputusan untuk pergi dan takkan kembali, semua insan di sekeliling termasuklah Rayyan sendiri, sangat merindui dan menyesal atas tindakan itu. Kehadiran Dania dalam hidup sesiapapun, pasti akan meninggalkan kasih dan sayang yang sangat mendalam. Kerana Dania seorang gadis yang suci dan ikhlas hatinya. Mungkinkah Dania kembali ke sisi mereka semula setelah pelbagai tohmahan dilemparkan oleh Rayyan kepadanya? “Cinta? Bila kita bersama dengan orang yang kita cinta tu, dada kita sentiasa berdebar-debar. Jika boleh, kita mahu luangkan sepanjang masa dengan dia.” “Kawan Nia kata, kita akan jadi bodoh bila kita jatuh cinta. Betul ke?” “Ya. Hingga kita tidak sedar akan apa yang kita lakukan. Kita rasa dunia ni hanya kita dan dia yang punya. Tiada orang lain.”
view book