[ No Description ]



 



RM 14.99

Tujuan Garis Panduan Amalan Baik (GGP): Staf Akademik adalah untuk membantu Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) membangunkan dasar, proses dan prosedur sendiri berkenaan pengambilan, pengurusan, pembangunan dan perkhidmatan profesional staf akademik. Staf akademik disenaraikan sebagai Bidang ke 5 dalam kedua-dua Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA) dan Kod Amalan Audit Institusi (COPIA) oleh MQA. Walaupun objektif keseluruhan COPPA adalah untuk memastikan bahawa semua program PPT menepati set standard yang disarankan dan mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM), objektif COPIA pula adalah untuk memantau dan memastikan pengekalan dan peningkatan kualiti program yang telah mendapat akreditasi.

Terdapat empat subbidang di dalam GGP: Staf Akademik seperti yang ditunjukkan di Lampiran 2. Subbidang tersebut berkaitan dengan pengambilan, pengurusan, pembangunan dan perkhidmatan profesional staf akademik. Topik yang dibincangkan dalam setiap subbidang adalah seperti di bawah:

  • Pengambilan – tujuan, proses, jenis pelantikan, jawatan akademik serta terma dan syarat perkhidmatan.
  • Pengurusan – peranan dan tanggungjawab, tatakelakuan, gangguan di tempat kerja, penilaian oleh rakan sejawat dan pelajar, kenaikan pangkat, ganjaran serta dasar dan prosedur disiplin.
  • Pembangunan – menaik taraf kelayakan staf, penyeliaan pelajar pascasiswazah, pembimbing dan bimbingan formatif staf akademik baharu serta pembangunan profesional.
  • Perkhidmatan Profesional – tujuan serta panduan prinsip serta dasar.

Memandangkan kepelbagaian PPT, GGP ini bertujuan untuk digunakan sebagai garis panduan bagi memudahkan pencapaian piawaian seperti yang dinyatakan dalam COPPA, bersesuaian dengan PPT dan pembangunannya. Sebagaimana dinyatakan dalam Prakata, garis panduan ini tidaklah menyeluruh, namun ia boleh diterima pakai oleh semua PPT dan tertakluk pada keperluan masing-masing.

view book