Kepemimpinan merupakan proses abstrak hasil interaksi antara dua pihak, iaitu pemimpin dengan pengikut. Ramai sarjana berpendapat bahawa tonggak utama kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi banyak terletak kepada akauntibiliti seorang individu yang digelar pemimpin. Tanpa wujudnya elemen kepimpinan dan pemimpin, organisasi tidak akan mempunyai halatuju, visi mahupun mampu mengatur strategi ke arah keberkesanan. Buku ini merupakan hasil penyelidikan yang dilakukan selama tiga tahun dalam usaha menentukan orientasi kepemimpinan pengetua sekolah, sekalipun mauduk ini kerap dikaji dalam tesis-tesis sarjana dan doktor falsafah, namun masih kurang usaha menjadikan hasil penyelidikan tersebut sebuah buku untuk tatapan, panduan mahupun melaksanakan refleksi kendiri terutamanya kepada pemimpin dan pengurus sekolah.
Buku ini dirangka untuk memperkenalkan kepada para penyelidik dalam bidang pengurusan pendidikan tentang teori Bolman dan Deal yang masih lagi kurang diteliti dengan terperinci di Malaysia. Di samping itu, buku ini juga diharapkan dapat memberikan panduan kepada para pelajar di peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah bagaimana menggabungkan dua paradigma penyelidikan yang sering diperdebatkan kelebihannya, iaitu pendekatan naturalistik (kualitatif) dan saintifik (kuantitatif). Selaku penulis, kami merasa yakin bahawa buku ini mampu dijadikan asas kepada penyelidikan dalam bidang kepemimpinan yang masih kurang dibukukan kecuali perbincangan dan perdebatan secara teoritikal.
Secara keseluruhan, buku ini mengandungi empat bahagian utama, iaitu perbincangan tentang isu kepengetuaan dan kepemimpinan pendidikan yang sering menjadi tujahan dan asas kepada perbincangan para penyelidik dalam bidang kepemimpinan pendidikan serta bagaimana bermulanya asas latar belakang masalah kepada penyelidikan dalam bidang kepemimpinan pendidikan. Fasa kedua mengandungi asas teori kepemimpinan, iaitu teori kepemimpinan awal dan teori kepemimpinan terkini yang digunakan secara menyeluruh, iaitu rangka atau model kepemimpinan oleh Bolman dan Deal yang mengandungi empat yang utama, iaitu struktural, simbolik, politik dan sumber manusia.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.