Buku ini diterbit untuk melengkapkan lagi keperluan pelajar dalam bidang Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Matlamat utama buku ini adalah untuk mendedahkan pendidik atau bakal pendidik kepada proses menyediakan soalan, mentadbir, dan mentafsirkannya supaya ujian bilik darjah yang dijalankan boleh memberi manfaat kepada pengguna dan mereka yang terlibat. Perkara yang dititikberatkan ialah tafsiran pengukuran dan penilaian dan yang berkaitan dengan proses pengajaran-pembelajaran. Statistik hanya didedahkan pada tahap asas yang diperlukan sahaja. Penggunaan beberapa istilah mungkin berbeza daripada yang disyorkan. Perkara ini disengaja untuk memudahkan kefahaman berdasarkan kepenggunaannya dan diterangkan pada bahagian-bahagian berkenaan. Buku ini sesuai digunakan sebagai salah satu buku teks oleh pensyarah dan bakal pendidik di institusi pengajian tinggi dan institut perguruan serta sebagai bahan rujukan oleh semua pendidik di peringkat sekolah bagi membantu membina suatu ujian bilik darjah yang lebih mantap dan berkualiti serta mencapai matlamat murni pendidikan.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.