Buku ini merupakan sebahagian daripada hasil penyelidikan penulis yang
berjudul, Penekanan aspek pembangunan modal insan dalam pengajaran
subjek akidah: Kajian di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dan fakulti-fakulti
pengajian Islam di Malaysia. Penulisan ini memfokuskan perbincangan kepada
prinsip akidah yang terkandung dalam rukun iman dan hubungannya dengan tema
pembangunan modal insan. Selain daripada mengetengahkan perbezaan konsep
pembangunan modal insan menurut perspektif Barat dan Islam yang menatijahkan
kesan berbeza, ia turut memberi penekanan dari aspek pengaruh keyakinan
terhadap prinsip-prinsip rukun iman dalam pembangunan ilmu dan akhlak modal
insan yang dipertanggungjawabkan sebagai khalifah di bumi. Buku ini sesuai
dibaca oleh semua pihak yang terlibat dengan bidang pendidikan, perancangan
dasar pembangunan, khususnya pembangunan karakter dan pelaksana polisi
pembangunan sosial, penjawat awam dan pekerja swasta, pensyarah, guru,
mahasiswa, pelajar dan masyarakat awam. Penyampaian buku dipersembahkan
dalam gaya bahasa yang mudah agar kandungannya mudah difahami dan dihayati.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.