Isu arak mula timbul dengan kes Kartika Sari Dewi Shukarnor pada tahun 2009 yang telah dijatuhkan hukuman sebat oleh
Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang kerana kesalahan
meminum arak. Pada tahun yang sama isu ini telah dipanaskan lagi di Selangor dengan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang telah membuat rampasan minuman keras di
sebuah premis kedai serbaneka di Shah Alam.
Arak telah lama menjadi masalah di negara ini. Ia mudah
didapati terutamanya oleh golongan muda di kedai runcit dan sebagainya. Undang-undang memberi pengecualian kepada
minuman beralkohol seperti bir atau todi. Ini bermakna
penjualan runcit kecil-kecilan tidak melebihi kuantiti yang ditetapkan boleh dijual di kedai tanpa pelesenan.
Kajian di luar negara telah menunjukkan bahawa kesan
arak adalah lebih teruk daripada dadah. Bagaimanapun
Malaysia didapati lebih menumpukan perhatian kepada
masalah dadah berbanding isu arak. Dadah disebut sebagai
najis dadah dan boleh dihukum mati jika mengedarnya.
Kesan utama arak terhadap otak manusia menyebabkan
proses kognitif, iaitu antaranya persepsi, tumpuan, kesedaran, keupayaan berfikir, kecerdasan, dan banyak lagi termasuk menyebabkan fungsi otak terganggu yang sering disebut
sebagai keadaan mabuk. Apa yang menarik peminum arak
bukan setakat dalam kalangan orang yang jahil sahaja tetapi juga melibatkan kalangan golongan cerdik pandai.
Pengambilan arak tidak menjadi satu kesalahan dalam
peraturan undang-undang sivil walaupun sampai kepada
tahap mabuk melampau sekiranya tidak mencederakan sesiapa atau tidak memandu. Namun, dalam agama Islam, arak adalah satu kesalahan jenayah dan telah termaktub dalam enakmen
syariah negeri-negeri serta Wilayah Persekutuan.
vii
BUKU ARAK.indd 7
9/7/16 3:21 PM
Arak dan Pencegahannya di Malaysia
Masyarakat harus dididik untuk melihat kepentingan
mencegah arak sejak dari awal lagi. Sebagai sebuah negara yang Islam menjadi Agama Persekutuan, isu ini harus dipandang
serius agar maruah terpelihara serta mendapat keberkatan
hidup. Sesebuah tamadun itu akan binasa jika arak dibiar
berleluasa sehingga menjadi sukar untuk dibendung lagi.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.