Pelajar ialah generasi pelapis pada masa akan datang. Mereka bakal diamanahkan untuk memimpin dan menerajui negara. Bagi merealisasikan dan mencapai hasrat aspirasi ini, institusi sekolah disandarkan menjadi pusat pembentukan jati diri dan pengisian modal insan. Kerajaan, masyarakat, ibu bapa, dan para pendidik mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam menentukan hala tuju generasi ini. Namun, beberapa insiden pelanggaran disiplin terutamanya bersifat buli yang berlaku dalam dunia persekolahan dewasa ini sedikit sebanyak telah mencemarkan harapan dan aspirasi ini.
Buku ini sesuai digunakan sebagai buku rujukan bagi semua peringkat sekolah, universiti dan pusat-pusat latihan. Guru disiplin, guru kaunseling dan para jurulatih disaran dan digalak membacanya. Banyak contoh buli diutarakan dan kaedah atau program intervensi mengatasinya diketengahkan.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.