Ini kisah Izzat dan Nurul. Dua jiwa yang terpenjara dengan kisah cinta masing-masing.
Keadaan memaksa mereka berdua-duaan di dalam sebuah rumah kerana bencana alam yang menimpa kota Kuala Lumpur.
Berbekalkan mi segera sebagai pengisi perut yang kosong, di lantai balkoni, bertemankan langit yang menangis, mereka berkongsi kisah masing-masing.
Nurul, si penyondol rumah tangga, dan Izzat, sang jejaka yang mempunyai ‘boyfriend’.
Kisah mereka bermula di situ. Bagaimana pula pengakhirannya? Mampukah kedua-duanya meraih bahagia dengan pasangan masing-masing?