Siri Indahnya Bahasaku - Pantun by Khadijah Hashim

Siri Indahnya Bahasaku - Pantun by Khadijah Hashim from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Author: Khadijah Hashim
ISBN: 978-983-852-670-8
File Size: 8.99 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Pantun adalah sastera tradisi Melayu bersifat tulen berasaskan budaya setempat dan tidak terpengaruh dengan sastera atau budaya asing. Himpunan pantun semakin bertambah hari demi hari termasuk pantun kanak-kanak dalam buku kecil ini. Buku ini sesuai dibaca oleh kanak-kanak berusia 6 hingga 7 tahun. Ia mempunyai rangkap tetap. Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Terdapat lima bentuk utama pantun iaitu pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, dan dua belas kerat. Namun, pantun yang sering digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat. Rima pantun yang baik berakhir dengan a,b,a,b bagi pantun empat kerat. Terdapat hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah). Contoh: Memancing di tepi paya, (a) Dapat keli dan kelah; (b) Senangnya hati saya, (a) Ramai kawan di sekolah. (b) Buku ini berkonsepkan serampang dua mata iaitu memperkenalkan pantun, mengenali objek, serta berlatih membaca mengikut suku kata. Pantun berfungsi untuk berhibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan, dan menyedapkan cakap. Dalam buku kecil ini, penulis cuba menyampaikan nasihat secara lembut melalui penyampaian yang berkias dengan maksud isinya ada pengajaran, moral, dan falsafah hidup. Semoga kanak-kanak yang membaca dapat mengambil iktibar dan terhibur. ñ Khadijah Hashim

Reviews

Write your review

Recommended