MENGANYAM PUISI by ISMAIL HASHIM

MENGANYAM PUISI by ISMAIL HASHIM from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Author: ISMAIL HASHIM
Category: General Novel
ISBN: 978-967-12447-3-9
Publisher: Ismail Hashim
File Size: 0.48 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Sebanyak 83 buah puisi telah dihasilkan oleh Ismail Hashim yang membawa berbagai tema dan persoalan - pengolahan puisinya banyak menjuruskan kepada kehidupan dan kemanusiaan. Penghasilan puisi-puisi ini adalah bahan-bahan yang dikutipnya sepanjang penglibatannya dalam penulisan puisi hingga ke hari ini. Bertolak dari kasihnya kepada seorang gadis, sebuah puisi bertajuk ‘ Ida’ telah dihasilkan olehnya. Dunia percintaan memang tidak dapat diasingkan dan setiap insan lelaki dan perempuan mengalami dunia percintaannya yang tersendiri. Ungkapan-ungkapan manis ini ditujukan kepada ‘Ida’ yang tersayang. Pasangan dilamun percintaan memang sukar untuk dipisahkan apabila terukir sesuatu pertemuan dan akan berakhir dengan kerinduan. Mereka akan menggunakan masa pertemuan bagi memupuk kemesraan. Ini telah menimbulkan rasa ingin selalu berada disisinya. Inginan itu kemudiaanya diungkap oleh penulis melalui puisi ’ Bersamamu’. Puisi-puisi yang dihasilkan adalah melalui gerak hati dan gerak perasaan dan puisi-puisinya yang berkaitan dengan kasih sayang ini yang dilahirkan oleh penulis melalui puisinya ’cinta’, dan begitu juga dengan ‘jejak kasih’, dengan bait-bait puisi diungkapkan ’perawan’ dan selain dari itu diukir puisi ‘pertemuan’ dan ‘ros merah’. Perpisahan antara teruna dan dara akan mengungkapkan pemendapan perasaan kerinduan ketika berjauhan dan perasaan ini disemadikan melalui puisi yang bertajuk ‘ surat rindu’. Bagi menyingkap sifat-sifat kewanitaan, maka lahirlah puisi yang bertajuk ‘isteri’. Doa ibu juga mendatang impak kepada kehidupan anak-anaknya di masa depan. Penulis menegur dalam puisinya ‘ Doa Ibu’ supaya dikalangan kaum ibu jangan sesekali mendoakan sesuatu yang tidak baik ke atas anak-anak, walau sejahat mana pun kejahatan anak mereka. Penulis juga mengingatkan kita supaya banyak bersabar ketika menghadapi sesuatu tekanan perasaan. Tanpa dapat mengawal perasaan, akan mendorong seseorang individu itu menjadi marah. Rasa kemarahan yang sebaik-baiknya dihindarkan. Ada yang sanggup mencederakan orang lain, semata-mata didorongkan dengan rasa marah yang melampau. Bagi penulis, rasa kemarahan ini adalah seumpama gelora di lautan. Adunan-adunan perasaan kemarahan ini disatukan dan telah diungkap dalam puisinya yang bertajuk ‘Gelora’. Selain dari itu, pengalaman harian penulis dalam pekerjaannya selaku jurutera awam turut dikongsi bersama dengan pembaca di dalam sajaknya yang bertajuk ‘Tukang’. Memang mana-mana tapak pembinaan buruh-buruh kontrak mempunyai tukang kayu, tukang simen,tukang besi dan berbagai jenis tukang lagi. Tukang-tukang ini merupakan ‘tangan halus’ yang membantu menyiapkan sesebuah projek pembinaan. Tukang kayu merekabentuk kotak acuan. Tukang besi bagi membengkuk besi untuk digunakan di dalam struktur bangunan dan tukang simen pula, terlibat dengan kerja-kerja konkrit di tapakbina projek.Tukang-tukang ini mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu. Bagi penulis, tukang-tukang ini tidak boleh dipersalahkan dalam menghasilkan kualiti kerja,khusunya dalam menghasilkan produk-produk pembinaan yang bermutu sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang hanya tahu mengaut keuntungan sahaja dan menjadikan mutu kerja merundum. Puisi ‘ Menganyam Puisi’ adalah merupakan judul kepada antologi puisi ini hasil pengamatan penulis dalam menulis puisi. Penulis mengajak pembaca merakamkan cerita-cerita kehidupan yang dilalui ke dalam bentuk puisi. Kehidupan mempunyai berbagai-bagai cerita dan ada sebahagiannya pula menguriskan perasaan. Bagi penulis, menulis puisi adalah seumpama menganyamkan helaian-helaian daun-daun untuk tujuan hamparan dan ianya ada persamaan dengan bait demi bait perkataan yang menjadi sulaman bagi merangkumi perasaan kekecewaan. Dalam menempuh kehidupan yang mencabar bak putaran roda ini, penulis juga mengajak pembaca usah mudah berputus asa ketika dilanda sesuatu permasalahan. Penulis mengajak kita supaya lebih tabah menghadapi halangan demi halangan. Segalanya adalah bersifat ujian yang sementara sahaja. Puisi yang bertajuk ‘Ketabahan’ mengajak pembaca menyemaikan sifat kecekalan, khususnya dari segi kecekalan pada fikiran dan kecekalan pada perasaan. Penulis juga menegur segelintir manusia yang menjadi rakus dan tamak didorongkan mempunyai kuasa,pangkat dan harta. Rasa rakus yang melampau ini, mengundang padah kepada mereka, terutamanya apabila didapati melakukan pecah amanah di tempat mereka bekerja. Biasanya manusia yang seperti ini akan tersedar apabila sudah ‘terjatuh’ di dalam karier mereka.Sifat-sifat ini dilahirkan melalui puisi yang bertajuk ‘Rakus’. Banyak lagi puisi-puisi lain yang boleh dihayati melalui kumpulan puisi ini. Semoga puisi-puisi yang dihasilkan dapat dicernakan oleh minda dan perasaan dan dapat pula dimanfaatkan dalam memupuk insan berjiwa murni ketika menghadapi roda kehidupan yang semakin mencabar hari ini.

Reviews

Write your review

Recommended