DUNIA DIGITAL PENGAJIAN ALAM MELAYU by Ahmad Rizal Mohd Yusof
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Author:
Ahmad Rizal Mohd Yusof
Category:
General Academics
, General Novel
ISBN:
978-967-488-031-6
Publisher:
University of Malaya Press
File Size:
2.44 MB
(price excluding SST)
Synopsis
Dunia Digital Pengajian Alam Melayu merupakan kupasan dan perbincangan mengenai pembangunan portal Pengajian Alam Melayu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dan The Royal Netherlands Institute of Southeast Asian and Caribbean Studies, (KITLV). ATMA telah membangunkan Portal Malaycivilization.com dan KITLV pula membangunkan Portal KITLV. Kedua-dua portal ini menyediakan akses kepada pengguna bagi mendapatkan bahan rujukan dan maklumat yang berkait dengan Pengajian Alam Melayu. Pengetahuan dan pemahaman terhadap Tamadun Melayu, Tamadun Belanda dan sejarah pembangunan intelektual di antara kedua-dua tamadun tersebut, dan Pengajian Alam Melayu telah memberikan inspirasi berguna dalam melihat proses pembangunan portal tersebut. Analisis perbandingan dilakukan melalui aspek sosiologikal dan teknikal.. Kedua-dua analisis ini juga membuka ruang yang luas dalam memahami teknik dan strategi yang digunakan oleh ATMA dan KITLV untuk membangunkan portal. Secara umumnya buku ini menyatukan kembali bidang sains dan kemanusiaan yang terpisah dan bergerak bersendirian. Kedua-dua bidang ini telah menyumbang kepada pelbagai aspek kehidupan sama ada yang dapat dilihat secara fizikal atau yang berkait dengan masyarakat. Melalui buku ini, kedua-dua bidang tersebut digunakan sebagai idea utama untuk melihat Pengajian Alam Melayu di alam siber melalui pembangunan portal. Inilah sebenarnya yang menjadi tunjang kepada penulisan buku ini. Penulis juga berhasrat untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan falsafah tabii yang suatu ketika dahulu menjadi medium utama untuk memahami manusia dan alam sekitarnya. Tanpa disangka, inisiatif untuk mengkaji dan memahami kedua-dua portal ini berdasarkan aspek sosiologikal dan teknikal telah menghasilkan beberapa penemuan berasaskan aspek kemanusiaan, sains sosial, sains komputer dan teknologi maklumat. Penemuan ini juga dilihat sebagai suatu inisiatif permulaan untuk menghidupkan kembali asas utama kepada sains dan kemanusiaan iaitu falsafah tabii.
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.