Berpetualang ke Aceh : Membela syiar yang asal by Sapiee, Radzi

Berpetualang ke Aceh : Membela syiar yang asal by Sapiee, Radzi from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Author: Sapiee, Radzi
ISBN: 978-983-4203-11-5
File Size: 8.92 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Siri "Berpetualang ke Aceh" adalah satu trilogi novel sejarah/travelog yang digarap berdasarkan pengalaman sebenar penulis Radzi Sapiee mengembara masuk seorang diri masuk ke Aceh Januari 2004, ketika ia sedang darurat dilanda perang antara puak pemisah GAM (Gerakan Aceh Merdeka) dengan Tentera Nasional Indonesia. Perjalanan dibuat untuk menyusuri susur galur keturunan demi mendapatkan jawaban kepada beberapa persoalan yang melanda fikiran. Watak protagonis yang diberi nama Muhammad al-Aminul Rasyid pun dicipta berdasarkan sifat sebenar penulis yang merupakan lepasan University College of London dalam bidang Matematik tetapi kemudian menjadi wartawan dengan akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times di mana dia mula berjinak dengan dunia penulisan. Penceritaan disulam dengan berbagai pengalaman sebenar hidup penulis termasuk perkara-perkara pelik yang melibatkan mimpi dan hal berkaitan alam ghaib. *Buku II - Berpetualang ke Aceh : Membela syiar yang asal* * * *"Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkau lah segala kebajikan. Sesungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu"* *- Surah Ali Imran, ayat 26.* Buku kedua "Berpetualang ke Aceh : Membela syiar yang asal" membawa pembaca semakin jauh meneroka pemikiran watak Rasyid. Sambil menghadapi halangan untuk masuk ke Aceh kerana perintah darurat tentera yang menyebabkan orang luar dilarang langsung masuk ke sana, Rasyid yang masih dalam proses memahami kehidupan sendiri teringat beberapa peristiwa termasuk satu dua mimpi yang seperti memberikan petunjuk tentang keadaan Alam Melayu di suatu zaman dahulu. Keinginan untuk memahami keadaan dunia kini yang semakin memenuhi ciri-ciri menghampiri peristiwa akhir zaman menyebabkan beliau diberikan ilham tentang kaitan agama-agama seperti Hindu dan Buddha dengan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Turun naik kerajaan-kerajaan Melayu seperti Samudera-Pasai, Melaka dan Aceh yang sangat berpengaruh mengembangkan Islam pun disebut sambil bab tentang ilmu Tasawuf yang merupakan intipati kebatinan Islam yang dapat memberi kekuatan dalaman cuba dirungkai seringkas boleh.

Reviews

Write your review

Recommended