“Tak guna punya Mat Bangla! Lu buat apa dalam kain gua, hah???” – Aina Cempaka
“Adoi, sakitlah bongok!” – Faiz Iqbal
“Lu jangan main-main sama wa. Nanti wa report sama polis baru lu tau!” –Aina Cempaka
Kerana Mohsin punya angkara, itulah detik pertemuan Aina Cempaka dan Faiz Iqbal. Siapa sangka, Mat Bangla yang diherdik itu rupa-rupanya bakal majikannya. Pada hari pertama di tempat kerja baru, Aina Cempaka tak tahu mana nak sorok muka. Majalah juga jadi mangsa.
“... resume kau dah ada kat dalam fail ni! Dahlah tu, tak payahlah nak cover muka kau tu lagi...” – Faiz Iqbal
Faiz Iqbal memang selamba.
“Encik Iqbal nak pecat saya ke?” – Aina Cempaka
“Pecat? Kenapa pulak aku mesti pecat kau?” – Faiz Iqbal
Dulu Faiz Iqbal menggeletar dengan perempuan cantik. Sebab itulah ramai sudah setiausahanya dipecat. Menggeletar??? Sebab Faiz Iqbal memang ada kisah silam. Dia trauma. Lantaran itu hidupnya bertemankan arak bagi menenangkan jiwa. Tuhan? Dia sudah lupa.
Tapi dengan Aina Cempaka dia jadi selesa. Bukan sebab Aina Cempaka tak cantik tetapi ada debaran dalam dada yang mula bergema. Saat hati mula berbunga, rahsia lama tersingkap pula. Dialah sebenarnya parut berbekas itu. Kerana rasa bersalah, Aina Cempaka harus dijauhi. Namun, ketiadaan Aina Cempaka pula membuatkan hidupnya jadi tunggang-langgang. Faiz Iqbal lebih rela hidup gelandangan. Merempat di tepi jalan. Berat sangatkah rahsia yang tersimpan?
“Saya minta maaf. Saya lelaki pengecut. Tak guna! Gagal jadi manusia. Saya hanya layak jadi parut dalam hidup awak, Aina Cempaka.” – Faiz Iqbal
Mampukah Aina Cempaka memaafkannya? Bersatukah dua jiwa saat orang ketiga mula menggila?
Reviews
MSXS
by Norita bt Hashim on May 01, 2019
best...berbaloi reserve...
maaf Saya tak sengaja
by Nor Azizah ramli on January 03, 2021
Jalan cerita best cuma watak hero mcm xpercaya pulak pernah jahat sampai mcm tu sekali. Dok Xdok si rashid p jual adik dia dh kenapa..huhu
Maaf, Saya Tak Sengaja
by on June 05, 2021
Mungkin kerana mengutamakan hal-hal duniawi menyebabkan pendidikan agama kurang dititikberatkan oleh keluarga angkat Faiz Iqbal. Membesar dengan akhlak yang buruk tetapi berubah akhirnya ke arah kebaikan. Banyak pengajaran dapat diambil dalam cerita ini cuma latar masa tidak dinyatakan secara terperinci mengenai umur watak yang sebenarnya. Apapun, membaca kisah ini semakin lama rasa semakin dramatik tetapi akhirnya hampir menjadi komedi. Paling lucu saat-saat pernikahan Rasyid..
Maaf, saya tak sengaja
by Rubina Abd Rahman on June 18, 2021
Jalan cerita best
MAAF SAYA TAK SENGAJA
by nabilla bakar on November 01, 2022
Jalan cerita best. tapi geram dkt heroin, macam baik sgt. sng je nak maafkan org. tp lumrah hidup, mmg ada manusia sebaik tu. hero pun berubah semakin baik. cuma kesian dgn mohsin. jauh dia terkandas. worth to read!
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.