Memudahcara Pembelajaran Abad 21 by Alias Masek dan Zuriawahida Zulkifli

Memudahcara Pembelajaran Abad 21 by Alias Masek dan Zuriawahida Zulkifli from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Category: General Academics
ISBN: 978-967-2216-21-6
Publisher: Penerbit UTHM
File Size: 1.68 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Buku ini ditulis atas kesedaran bahawa masih ramai lagi golongan pendidik di luar sana yang masih kurang pasti mengenai teknik memudahcara pembelajaran pelajar secara berkesan, khususnya pada abad 21. Akibatnya, berlaku kelemahan dalam pencapaian mahupun perkembangan kemahiran insaniah pelajar. Sesuai dengan tajuk buku ini, penulis berkongsikan cara bagaimana untuk memudahcara pembelajaran agar lebih berkesan dan mampu melibatkan penglibatan aktif pelajar. Buku ini dapat membantu golongan pendidik di institusi pengajian sama ada di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Teknik-teknik yang diketengahkan merupakan teknik yang diolah secara kreatif bagi memastikan pendidik sama ada guru atau pensyarah dapat memilih teknik memudahcara pembelajaran berkesan oleh pelajar. Bagi memudahkan pemahaman pembaca, buku ini menerangkan teknik pembelajaran mengikut struktur khusus iaitu dimulakan dengan definisi, kaedah penyediaan, fungsi dan disertakan bersama contoh-contoh “hidup”. Kebanyakan bahan-bahan yang dimasukan dalam buku ini adalah berdasarkan pembacaan dan pengalaman penulis sendiri sebagai pendidik dan sebagai bekas pelajar. Penulis mengambil inisiatif mengkaji pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar dan memilih kaedah yang sesuai digunakan pada abad 21 ini. Melalui kaedah-kaedah pembelajaran, teknik-teknik yang diutarakan diperhalusi dan disesuaikan dengan pengalaman penulis selama berkhidmat dalam bidang pendidikan ikhtisas serta rujukan pakar. Penulis juga berkongsikan teknik-teknik yang juga telah diamalkan dalam kelas-kelas dan kursus-kursus yang telah disertai sepanjang berkhidmat. Sesetengah teknik dalam buku ini juga merupakan hasil daripada kajian tindakan yang telah dilakukan dan diubahsuai mengikut konteks pelajar. Oleh yang demikian buku ini amat sesuai dijadikan rujukan oleh para pendidik dalam memudahcara pembelajaran pelajar abad 21 yang serba mencabar ini.

Reviews

Write your review

Recommended