Naratif dan Protagonis dalam Reka Bentuk Warisan: Satu Penceritaan Budaya by Azizi Bahauddin
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Author:
Azizi Bahauddin
Category:
General Academics
, History
ISBN:
978-967-461-238-2
Publisher:
PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (2018)
File Size:
8.15 MB
(price excluding SST)
Synopsis
"Naratif dalam reka bentuk warisan ini memberikan gambaran terhadap kajian kes yang menggunakan
naratif sebagai satu bentuk pertanyaan penceritaan berdasarkan interpretasi sosiobudaya, dan
idea-idea budaya tidak ketara yang mempengaruhi budaya ketara. Naratif adalah satu penyiasatan
penyelidikan kualitatif yang melibatkan kaedah bercerita. Kaedah ini agak baru dalam mengkaji
reka bentuk dan juga pengalaman seseorang berkaitan dengan reka bentuk yang dikaitkan. Seperti
yang difahami melalui pendekatan secara naratif, proses ini berolah secara bercerita tentang
segala pengalaman sebagai naratif pertanyaan. Hal ini menonjolkan perkara berkaitan budaya dan
membentuk pemahaman teori baru tentang pengalaman rakyat. Naratif ini berlaku dalam konteks
kaedah kajian fenomenologi atau pengalaman rakyat yang mengetengahkan penceritaan secara
naratif. Kisah yang terperinci ini merangkumi pengalaman yang dialami oleh bangsa Melayu melalui
sulur galurnya yang mempengaruhi reka bentuk warisan mereka sejak Sejarah Melayu mula direkodkan.
Dari sudut perspektif, naratif dalam reka bentuk warisan adalah satu penceritaan pengalaman
hidup yang terlibat secara langsung dalam pemahaman pembinaan reka bentuk warisan yang
dipengaruhi kuat oleh unsur-unsur budaya dan tradisi. Tradisi ini adalah sesuatu yang dicipta dan
dipersetujui dalam masyarakat yang terlibat sebagai satu cara untuk memahami kefahaman budaya
yang kompleks juga berlapis-lapis dan kepekaan terhadap nuansa nilai budaya yang boleh dijadikan
pengajaran atau ikutan. Pendekatan dalam penyelidikan reka bentuk biasanya memberi tumpuan
kepada kehidupan individu seperti yang diceritakan melalui cerita-cerita mereka sendiri untuk
dikaitkan dengan reka bentuk yang disiasat. Idea ini dapat mewujudkan drama visual reka bentuk.
Sebuah cerita biasanya mempunyai protagonis, satu atau lebih watak-watak sokongan dan sering
dipengaruhi oleh kepercayaan budaya dan adat resam. Protagonis adalah watak utama dalam
sesuatu penceritaan. Secara teknikal, hanya ada satu protagonis dalam sesuatu naratif, walaupun
sering kali terdapat penggunaan perkataan yang merujuk kepada dua atau lebih watak-watak
utama. Dalam reka bentuk warisan terdapat juga ungkapan sebegini yang dibina daripada budaya
dan kepercayaan masyarakat. Namun kebanyakan naratif seni bina menjurus kepada satu protagonis
dengan disokong oleh protagonis yang tersembunyi. Naratif budaya dalam reka bentuk ini juga
bersempadan dengan kefahaman kejuruteraan terutamanya dari aspek pembinaan. Untuk itu,
naratif reka bentuk juga telah mengalami kesan terhadap penggunaan bahan-bahan baru dan inovasi
dalam bidang pembinaan, struktur, atau pemasangan struktur seni bina dalam menghadapi cabaran
peredaran masa dan mengekalkan sejarah yang mampan. Definisi sebenar protagonis yang membawa
pemerhatian masyarakat ke dalam cerita adalah suatu watak yang mengejar matlamat cerita. "
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.