CINTA BAS EKSPRES oleh SHIMA AWANG
Membawa hatiku ke destinasinya...
Pertemuan pertama di dalam bas berada di sisi seorang gadis membuka pintu hati Yafit untuk mengenali gadis itu. Tapi malangnya, sebaik sahaja sampai di destinasi, gadis itu menghilang.
“Siapa Sarrah?” - Zairil
“Perempuan yang duduk sebelah aku kat dalam bas tadi.” - Yafit
“Buat apa kau ikut dia? Biar betul? Ni hospital, bro!” - Zairil
Tidak logiklah seorang gadis berani berjalan seorang diri dalam gelap pagi buta menuju ke hospital melainkan dia itu cik hantu!
“Kalau manusia, kenapa pagi tu tak ada sesiapa pun yang nampak kecuali kau? Pak guard pun cakap, arah yang kau tunjuk dia pergi tu bilik mayat...”- Zairil.
“... Tapi aku yakin Sarrah tu manusia. Bukan bunian...” - Yafit
Namun Yafit tetap yakin dengan gerak hatinya. Gadis itu wujud. Akan dicari sehingga jumpa. Berjayakah Yafit dalam misinya?
SITI & POLIS COMEL oleh AEIN DHIYAUDDIN
Kebolehan itu bukan pelik tapi anugerah Allah...
“Dalam dunia Siti dan hantu-hantunya, tak boleh libatkan pihak polis secara langsung. No police involved. Itu rule yang pertama. Tak ada istilah berbaik-baik dengan polis dalam urusan hantu dan mayat ni.” - Siti
Segala-galanya berubah dengan kemunculan roh mangsa pembunuh bersiri mawar merah. Inspektor Aizat muncul dan menagih bantuan Siti untuk mencari maklumat mengenai suspek pembunuhan yang dianggap sempurna itu. Demi secebis maklumat, Inspektor Aizat sanggup menyelami dunia Siti yang menakutkan.
“Awak ni... tadi paksa saya pancing mayat. Sekarang minta saya belanja, lepas ni apa pulak awak nak minta saya buat.” - Inspektor Aizat
“Huh... garang betul, tak padan dengan muka comel tu.” - Siti
Secara tiba-tiba Inspektor Aizat menjauhkan diri daripada Siti. Segala-galanya menjadi jelas kepada Siti, dia perempuan pelik yang tak mungkin ada sahabat dalam kalangan manusia. Adakah perhubungan Siti dan polis comel benar-benar berakhir? Bagaimanakah pula dengan pengakhiran kes pembunuh bersiri mawar merah?
Reviews
PALING COMEL
by hasMArul on February 15, 2021
nice story... Smooth n suspend...
cinta bas ekspress
by zulaika abdullah on June 02, 2021
best citer ever....sempoi n not complicated
siti & polis comel
by NORIDAH BINTI MESRAWI on June 10, 2021
best sgt
CBS + S&PC
by Putri Ria Annessa on June 16, 2021
dua2 best. Yafit tu bagus sgt tak putus asa walaupun dah kena reject dgn Sarrah.
Pandai penulis kelirukan pembaca semasa ceritakan part si pembunuh bersiri mawar merah tu.
Cinta Bas Ekspres & Siti & Polis Comel
by on September 15, 2021
Cinta Bas Ekspres
Asal ada jodoh, semuanya jadi. Yafit memang berusaha keras untuk merealisasikan cinta pertamanya. Sanggup menempuh apa jua halangan dan menyediakan apa jua untuk keselesaan kesayangannya. Sokongan padu daripada seluruh ahli keluarga juga menguatkan tekadnya. Sarrah pula tidak dapat menidakkan perasaannya sendiri yang telahpun terpaut kepada Yafit. Sesungguhnya siapalah kita sebagai hamba Allah untuk sombong dengan kedudukan kita di antara satu sama lain. Zairil tu bagus dijodohkan je dengan Husniah. Nampak macam serasi..
Siti & Polis Comel
Hanya yang berjodoh je yang dapat melihat keistimewaan pasangan masing-masing. Pertemuan Siti & Aizat walaupun tidak seindah cerita cinta yang lain tetapi tetap mencuit hati dengan kehadiran roh-roh di sekeliling mereka. Biarpun baru kematian bakal tunang, Aizat tidak menyangka akan tertarik dengan Siti yang pelik. Siti juga banyak kali mengingatkan hatinya agar jangan jatuh cinta tetapi itulah yang terjadi kepadanya. Hampir kehilangan Siti kerana suatu insiden menyebabkan Aizat yakin dengan perasaannya. Suka dengan karakter roh-roh yang menjadi kawan Siti. Pembunuhan misteri bersiri tu memang tidak dijangka pelakunya..
Siti
by RH on November 04, 2021
Great gothic story. Should get this story translated into English!
Siti & Polis Comel
by Nurul Syuhada Binti Sahrom on February 07, 2022
SERIOUS BEST YAKMAT!!! I REALLY LIKE THIS KIND OF GENRE YANG BUAT READERS RASA NAK TAU LAGI, LAGI AND LAGI. Dia punya curiosity bila baca tu fuhhhh memang tinggi melangit HAHAHAH. Overall memang torboek toqq!
cinta bas ekspres & siti & polis comel
by Siti Fatimah Binti Hussin on October 18, 2022
dua-dua cerita best
siti & abam polis
by Deeyah on January 02, 2024
x puas baca, novel yg best, seram...tak mengecewakan..
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.