Rahsia Hati Mrs. Fakrul by Azwari
Synopsis
Sinopsis: Fakrul seboleh-bolehnya tidak mahu menjadi seperti abangnya, berkahwin dengan sepupu sendiri. Walaupun ada rasa di dalam hatinya terhadap Sakinah, dia cuba menjauhkan dirinya dari perasaan itu. Baginya, Sakinah harus dianggap sebagai adik sahaja! Sakinah seorang yang sangat ceria dan manja. Namun disebabkan satu rahsia yang besar, hidupnya mula berubah dalam sekelip mata. Dia tekad untuk menjauhkan diri dari seseorang yang pernah mendapat tempat di hatinya. Kehadiran Deeja, membuat hati Fakrul bahagia sama seperti saat mengenali Sakinah. Lima tahun di bumi Jerman, Deeja menjadi teman rapat serta tempat meluahkan segala perasaan. Pulangnya Fakrul ke Malaysia dengan niat untuk membuka lembaran baru bersama Deeja, kerana ingin menunaikan permintaan si dia. Namun kejutan yang diterimanya membuatkan hati Fakrul berdolak-dalih. Pertemuan yang tidak dijangka antara Fakrul dan Sakinah membuatkan lelaki itu semakin sukar melepaskan Sakinah. “Kinah...” Matanya dibuka semula. Terasa semakin hangat kolam matanya ketika ini. Sakinah tidak mampu mengalihkan pandangan ke arah lain. Takut jika ini kali terakhir dia akan melihat wajah Fakrul. “Abang...” Bergetar suara Sakinah memanggilnya. Fakrul berasa sangat sebak. Akhirnya suara yang dirinduinya selama ini dapat didengarinya hari ini. Kedua-duanya masih berada di dalam dunia mereka sendiri. Tanpa sedar perlahan-lahan wajah Fakrul mendekati Sakinah. Hanya tinggal beberapa inci sahaja bibir Fakrul menghampiri bibir Sakinah dan tiba-tiba... “Astaghfirullahalazim. Arul!” Apakah rahsia sebenar yang disembunyikan oleh Sakinah sehingga membuatkan Fakrul goyah? Dan bahagiakah Fakrul berdiri di atas kelukaan hati seseorang? Kerana dari dulu, hati ini tetap miliknya...
Reviews
Highly recommended
Sede jugak la baca citer ni..dan memberi semangat..recomended...
Mula2 igtkn pnjang2 ni sbb cerita yg meleret2... Tp semua cerita padat & rase btul2 alive..
Love this.
Semua cerita Mia azwari ni best.. Cerita ni sambungan dari novel piah Di Hati Mr. Beku..
cerita ni best padat menyentuh hati, sweet sambungn dari cerita piah dihati mr beku.
Best sangat. Tapi ada part yang rasa macam meleret sangat dan tak perlu detail. Apapun one of the best story from Mia Azwari <3
Best sangattt
terbaik
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.