Satu Hari Satu Hikmah: Mutiara Hikmah Berteraskan Wawasan Al-Quran dan Sunah by Muhammad Widus Sempo
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Author:
Muhammad Widus Sempo
Category:
Motivation
, General Academics
, Lifestyle
ISBN:
978-967-440-646-2
Publisher:
PENERBIT USIM
File Size:
15.01 MB
(price excluding SST)
Synopsis
Buku ini mengandungi mutiara hikmah kehidupan yang terlintas di dalam minda penulis. Ada masanya hikmah merupakan inti pati kandungan kumpulan ayat tertentu. Kadangkala hikmah tercetus selepas menyampaikan kelas kuliah atau tutorial bersama dengan pelajar. Selain itu, hikmah ada masanya datang selepas mendengar pembentangan kumpulan pelajar tentang sesuatu fenomena atau realiti dalam masyarakat yang mempunyai hubung kait dengan ayat-ayat al-Quran. Sebagai contoh, hikmah di sebalik bilangan isteri yang terhad kepada empat orang sahaja dalam poligami dan krisis ilmu pada abad teknologi. Di samping itu, terdapat hikmah yang tercetus selepas mengikuti ceramah atau perkongsian ilmu daripada penceramah jemputan. Sebagai contoh, hikmah mengenai hidup pada zaman pengangguran. Hikmah secara umum lahir daripada penghayatan yang panjang dan kefahaman yang baik tentang selok-belok perjalanan hidup manusia, sejarah dan cabarannya. Terdapat jenis hikmah yang difahami melalui hakikat sejarah lama yang diangkat semula dan diungkap dengan gaya penulisan yang bersesuaian dengan keperluan semasa. Sebagai contoh, hikmah yang menghurai batu sedekah pada zaman empayar Turki Uthmaniyah. Kadangkala hikmah lahir selepas membaca sebuah artikel yang menarik. Artikel ini kemudian dihurai dengan ulasan yang jelas supaya hikmahnya semakin terserlah. Sebagai contoh, wuduk dan aura tubuh manusia. Terakhir sekali hikmah tercetus berdasarkan keyakinan penulis. Untuk menjadikan hikmah ini nampak terserlah, penulis memerlukan pelbagai bukti. Selepas kesemua bukti terkumpul, hikmah tersebut dirungkai dengan jelas. Sebagai contoh, keyakinan penulis bahawa tidak ada sesuatu yang terjadi secara kebetulan. Satu Hari Satu Hikmah, ertinya, melalui buku ini diharapkan pembaca memperoleh dan menghayati sekurang-kurangnya satu hikmah dalam sehari. Oleh itu, buku ini mengandungi 30 hikmah. Diharapkan para pembaca dapat mewarnai kehidupan harian mereka dengan mutiara hikmah ini.
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.