Pertama kali bertentang mata, ada rasa aneh menjengah hati kedua-duanya. Namun rasa yang terbit terpaksa disembunyikan di sudut hati yang paling dalam kerana si dia itu bakal menjadi milik orang.
Tiga tahun berlalu, kedua-dua hati itu ditemukan kembali. Masing-masing dengan lara di hati lantaran kesakitan yang ditinggalkan insan tersayang. Cinta kembali mengetuk hati kedua-duanya. Bagi Diyana Aqilah, rasa cinta itu perlu dilawan. Bimbang kalau hati bakal dilukai lagi. Namun, bagi Engku Razil pula, peluang yang muncul takkan dilepaskan lagi begitu sahaja. Cukuplah tiga tahun dia memendam rasa. Kehadiran si cilik, Sarah Akisya yang comel dengan pelatnya melancarkan lagi misi memikat Engku Razil.
“Sebab Kisya aje?”~ Diya
“Sebab… hati abang juga inginkan Umi Kisya ada di sini. Hati abang cakap, jangan sesekali lepaskan Umi Kisya pergi dari sini.” ~ Engku Razil
Ketika hati sudah bersedia untuk menerima, sebuah musibah mula menguji kedua-duanya. Lain yang diimpikan, lain yang berlaku. Walaupun mereka bersatu, namun rasa kecewa di hati mengatasi segala-galanya hingga Diya ambil keputusan untuk menjauh.
Cinta itu memang sudah lama ada. Rindu itu juga sudah lama memekar. Tapi bila acap kali diuji, hati Diya jadi nanar!
“Abang dah tiupkan penawar yang paling mujarab untuk luka di jari isteri abang ni. Cuma abang tak pasti, penawar yang sama akan berjaya untuk mengubati luka di hati Diya. Tapi abang takkan berputus asa. Abang akan terus mencari dan terus merawat sehingga luka di hati isteri abang ni sembuh tanpa tinggal segaris parut.” ~ Engku Razil.
Mampukah Encik Imam Ekspres merawat luka di hatinya sekali gus melenyapkan semua rasa kecewa yang ada? Ataupun perhubungan mereka bakal berakhir sepantas ia bermula?
Reviews
kurang menyengat
by on April 03, 2020
lagi best menantu din komando
DEIE
by puteri nurfatisha binti megat rosidi on June 28, 2020
good storyline utk bacaan santai sbb tak bnyk konflik yg berat ada pov both razil and diya overall okla
Dia Encik Imam Ekspress
by Ixora Riana on November 11, 2021
Aku personally suka cerita ni. Watak Kisya penyebab utama aku rasa cerita ni hidup. Keletah dan ragam Kisya memang menghiburkan. Aku puas hati dengan jalan cerita dan watak hero heroin sampai aku dah taktau nak komen apa lagi. haha. Korang mungkin rasa cerita ni biasa je.. kurang best etc. Itu korang. Tapi aku ok je dengan cerita ni. Konflik dia tak berat. Masalah yg muncul pn selesai dengan segera. Takde drag sampai banyak bab. Sebab tu aku suka.
DIA ENCIK IMAM EKSPRESS
by Roseanne on February 28, 2022
I tk pernah lgi baca karya cik tet bcs this is first time I've read her story and im in loveee ada part yg i kurang suka but overall i love it <3
dia... encik imam ekspress
by NUUR HASIDAH BINTI MAT NUSI on April 01, 2022
Sgt best
imam express
by on July 15, 2022
best sangat
Good Writing
by AHM on September 16, 2022
Suka dengan cara penulisan. Senang imagine and selami hati hero and heroin..
Dia Encik Imam Ekspres
by irdina on December 11, 2022
berkisarkan tentang Engku Zarif dan Diyana Aqilah. kedua-duanya berkongsi pengalaman putus tunang.
Trope: cinta pandang pertama
saya suka. comel
Dia... Encik Imam Ekspres
by Nur sahfika Binti Azaman on January 03, 2024
suka dgn watak Keisha
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.