Curahan Cinta Niagara by Maya Iris

Curahan Cinta Niagara by Maya Iris from  in  category
Read using
(price excluding SST)
Author: Maya Iris
Category: General Novel , Romance
ISBN: 9789670870113
File Size: 0.92 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Dia, gadis yang mendapat tempat di hati Faris. Kehadirannya merubah hidup lelaki ini. Namun, sukarnya dia untuk menghuni hati seorang yang bernama Mira Zahila. “Aku sayangkan dia, Amir. Tapi dia tolak aku mentah-mentah.”- Faris “Siapa? Mira?” - Amir“. “Mungkin dia bukan jodoh kau, Faris” –Dina. Impian Mira hanyalah untuk mendapat segulung ijazah. Demi keluarganya. Satu kejadian telah menyebabkan Mira bersetuju mengahwini Faris. Reda dengan kententuanNYA, Mira berusaha menjadi isteri yang sempurna. Namun, cinta Faris hanya sementara. Perginya dia meninggalkan cinta yang tersemat di hati. Dek kerana sebuah wasiat, Mira berganti tikar. Abang ipar menjadi suami. “Kalau Mira nak batalkan permintaan Faris tadi, beri satu alasan kukuh. Kalau alasan Mira masuk akal, kita sama-sama boleh batalkan,” - Farhan. Bagi Farhan, wasiat itu sekadar pemudah cerita. Cintanya pada Mira berputik sejak pertemuan pertama di air terjun Niagara. Setelah Faris pergi, dia mula sangsi sejarah hidup Mira. Malah, kekuatan cintanya pada Mira juga tidak mampu menghapuskan gundah di hati. Mira berdiri demi Farhan. Walaupun hatinya didera dan diuji. Aku dekat. Kau dekat! Mentera cinta yang menjadi penguat hatinya. Mira ketepikan segala perasaan demi menangkis tuduhan buruk suami dan sekaligus menamatkan ribut di hati suaminya. Ketika bibit-bibit cinta mula subur, sekali lagi Mira diuji dengan kehadiran Azrin. Dalam sekelip mata, Azrin meragut cinta Farhan.Niagara menyaksikan pertemuan mereka. Di situlah terdetik isyarat cinta pertama Farhan. Apakah cintanya juga tidak akan kering sepertimana curahan air terjun Niagara? Atau adakah ia akan membeku seperti bekunya air terjun Niagara di musim dingin? Curahan cinta Niagara menyaksikan segalanya.

Reviews

Sangat best
by Shahliza on September 25, 2022

Jalan cerita yang sangat menarik dan tidak bosan langsung. Penuh dengan ilmu dan juga sentiasa mencuti hati. Terpaksa tahan gelak masa baca novel ni sebab takut orang kata tak betul pulak. Tapi serius mmg menghiburkan sangat.

VVN
by Norita bt Hashim on October 07, 2022

Bagus

CNN
by norhasliza binti yusoff on October 30, 2022

Sangat best..

Curahan Cinta Niagara
by Siti Aisyah on December 14, 2023

First time tgk cover buku, macam tak menarik nak baca. Tapi bila dah baca novel ni serious cakap jalan cerita dia memang best. Kisah antara Faris, Mira dan Farhan. watak Faris ni dia sayang kat Mira tapi bila dia sakit emosi dia tak terkawal dan memberontak, semua benda yang terjadi dekat diri dia, dia salahkan Mira sebagai penyebab dia sakit.. nak marah tapi kesian. Watak Mira memang good. Aku suka bila dia matang dalam perkahwinan dia tu, sikap memahami dia tu. watak Farhan, dia ni memang bagus. but, Ade certain part yang aku rasa geram masa awal2 dia buat lepas kahwin. Dia still cemburu dengan Faris padahal Faris tu dah tak Ade dah. and Farhan ni kan kurang kasih sayang so maybe dia nak betul2 orang ikhlas sayang dia kot. Tapi time dia tuduh2 dengan paksa2 Mira, geram pulak.. nasib bila dah berbaik jadi lebih calm and baik..Ily this novel..nak cari novel2 lain dari penulis ni.

Write your review

Recommended