Warna Hati by Naniey Tj

Warna Hati by Naniey Tj from  in  category
Read using
(price excluding SST)
Title: Warna Hati
Author: Naniey Tj
Category: General Novel , Romance
ISBN: 978967080175
File Size: 1.17 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Zara Arissa hanyut dalam mencari kasih sayang dan perhatian dari orang tuanya. Sikap biadap dan kasar menutupi sekeping hati yang kosong serta dingin. Demi mengubah kehidupan anaknya, Megat Zaid sanggup mengatur perkahwinan, Zara Arissa dengan Tengku Irsyad anak sahabat baiknya sendiri. Bagi Zara Arissa, tindakan papanya suatu arahan yang menyakitkan hati dan jiwa. Bukan kasih sayang suami yang dipinta, cuma perhatian papa dan mama yang didamba. Walau bagaimana kuat mengelak, dua jiwa selamat jua disatukan. “Memang semua orang buat salah, tapi mama dengan papa tak pernah nak betulkan salah sendiri. Yang lebih mengjengkelkan lagi, you’ll sanggup lepaskan tanggungjawab sebagai parent kepada orang lain” – Zara Arissa Bermacam helah dibuat supaya dia boleh pergi jauh daripada peraturan hidup yang di atur oleh papanya. Walau jauh beribu batu dia lari, bahagia tetap tidak di temui. Perkahwinan yang diatur seperti tidak mampu menghadirkan perubahan dalam diri Zara Arissa. “Buktikan pada aku. Buktikan diri kau, perempuan bermaruah.” – Tengku Irsyad “Untuk apa aku buktikan pada kau? Kau bukan sesiapa dalam hidup aku! ” - Zara Arissa Kehadiran Ekmal, kekasih lama mengisi semula kekosongan dihatinya. Tanpa diduga Ekmal yang di cintai rupanya milik orang. Kekecewaan menyedarkan Zara Arissa dari kealpaan dunia lantas membawanya mengenali diri yang jauh dari penciptanya. Dia mula redha dalam menerima jodohnya sendiri. Sukar merebut hati seorang suami, kerana kesetiaan Tengku Irsyad hanya untuk Linda, kekasih awal dan akhirnya. Tambah menyesakkan dada, kehadiran Tengku Laili yang menyakitkan hati dan cuba meruntuhkan rumahtangganya membuatkan Zara Arissa bertambah kuat untuk mempertahankan mahligai yang telah terbina. Saat diri sudah berjanji setia dalam mencari bahagia, hati Zara Arissa terguris luka. Perjalanan hidup perlu diteruskan. Kerana cinta sejati, abadinya di hati.

Reviews

Warna hati
by Bahanizah Baharuddin on March 05, 2020

Nice story

Okay
by Nor Hazirah Ishak on April 09, 2022

Menarik. Tetapi beberapa bab terakhir mungkin boleh diolah lebih menarik lagi especially pasal irsyad sakit, adawiyah, linda

Warna Hati
by Siti Aisyah on November 28, 2023

Storyline cerita ni okayla, x membosankan sangat. Aku suka watak2 dia semua..watak Zailan yg sentiasa Ade, watak Mira yg matang bagi teguran, watak Laily yang menyakitkan hati..watak Linda yang gedik dan jahat..mula2 aku geli PLK bila penulis tulis Arissa takut guruh dan petir, mcm mengada2, tapi nasib dia trgkan sbb knp Arissa takut semua tu..Cuma novel NIE AQ rasa kurang dia cerita tntg bonding antara Arissa dgn mak dia lepas dia dh jadi baik..LPS tu cerita antara Arissa dengan lelaki yang letak dadah dalam air tu...ape jadi, x Ade konflik Ker..Tp mungkin penulis tak nak panjang2 tulis cerita ni, so dia buang cerita pasal watak2 sampingan tu supaya x bosan bila org lain baca kot..lastly, ending die okay.

Write your review

Recommended