Dean & Jean by Ameera Ameer

Dean & Jean by Ameera Ameer from  in  category
Read using
(price excluding SST)
Title: Dean & Jean
Author: Ameera Ameer
Category: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-2467-08-3
File Size: 2.76 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

“Nama aku Wan Mohd Nasrudean. Tapi kau boleh panggil aku, Dean.” – Dean “Saya Jean. Jeanelle Fitri.” – Jean Perkenalan pertama ketika di University of Leicester hampir 6 tahun lalu tidak terhenti di situ, malah jalinan persahabatan mereka semakin utuh. Dean dan Jean, bagai isi dengan kuku. Di mana ada Dean, di situ juga ada Jean. Bercinta? Tidak sekali-kali kerana pada Jean, Dean terlalu mahal dan istimewa untuk dia jatuh cinta. Berbekalkan rupa yang cantik, Jean dikejar ramai lelaki. Tetapi kata Jean, dia sedang menanti ‘her soulmate’ yang masih belum kunjung tiba. Hakikat sebenarnya, Jean yang takut untuk hidup berdua! “Kalau dapat suami yang baik dan bagus, okeylah. Kalau dapat yang jenis lebih syaitan daripada syaitan tu macam mana?” – Jean “Dalam solat tu doalah minta ditemukan dengan lelaki yang baik-baik, yang hidup berlandaskan agama. Lagipun Jean, kenapa takut untuk hidup berdua kalau hidup sendiri jauh dari sempurna?” – Dean “Aku tak takut, tapi selagi alarm soulmate aku belum berbunyi, aku lebih rela jadi anak dara tua.” – Jean Tetapi, segalanya berubah apabila salah seorang daripada mereka mula menyimpan rasa. “Apa kata kalau kita kahwin?” – Dean “Jangan berguraulah Dean. Kau pun tahu lelaki macam mana yang aku cari.” – Jean Haih! Rumitnya kalimah cinta pada kaca mata Jean. Tapi bagi Dean, Jean sebenarnya buta dan dia akan cuba seribu daya untuk merubah pandangan Jean tentang cinta. Akan berjayakah Dean melunturkan hati besi Jean apabila dalam masa yang sama, ada lelaki lain yang lebih berani melamar Jean? Adakah Jean akan terus menanti soulmatenya muncul atau memilih lelaki yang mampu menjadi pelengkap hidupnya?

Reviews

Dean & Jean
by DINA RAMLI on February 25, 2022

Nice

Dean
by Nurul Umairah on November 15, 2022

Storyline menarik. Cerita ringan dan santai. Dean tu sweet, pandai ambik hati Jean.

Okay
by shahida mohamed on June 02, 2023

Jalan ceritanya sempoi.. Not bad..

Write your review

Recommended