Pergilah Sepi by Fauziah Ashari
Synopsis
Edisi E-book : 2020
AFIQAH yang setia saat mencintai dan SYAFIQ yang liar saat mencari yang setia. Mereka bertemu dan bertegur sapa pada pertama kali ketika Syafiq mahu bertemu teman wanitanya, Rozi iaitu rakan serumah Afiqah.
Pertemuan yang membawa bala bagi Afiqah. Pertemuan yang tidak dirancang oleh Syafiq. Saat Syafiq membuka pintu untuk pergi...
“Kamu berdua didapati berkhalwat!” “What!” Serentak mereka terjerit bersama mata yang membuntang.
AFIQAH terperangkap. Marah, sakit hati, pegun dan longlai tatkala lelaki itu mempelawa diri sebagai suaminya. Mengaku salah di hadapan abahnya…
“Abang sebenarnya langsung tak menyesal menjadi suami Iqa. Langsung tidak. Malam ini, saat ini, abang nak kita rasmikan hubungan kita ke arah yang lebih bermanfaat melalui salur yang betul dan diredai Allah,” ucap Syafiq sambil menghulur tangannya ke arah Afiqah.
Sesaat dua, dia menanti. Masih menanti walaupun seminit dua sudah berlalu.
Afiqah terkedu. Huluran tangan Syafiq tanda untuknya menerima atau menolak hubungan itu. Berdebar-debar dadanya ini usah dikira.
Aku disuruh pilih, mengumpul pahala atau membiarkan dosaku memberat. Ya Allah, pandainya lelaki ini menjerat aku...
MAMPUKAH Afiqah menerima kehidupan baharunya sedangkan cintanya untuk insan bergelar lelaki sudah mati.
Reviews
Terbaik
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.