Budaya Kepelbagaian dan Persengketaan by Zulkifli Salleh

Budaya Kepelbagaian dan Persengketaan by Zulkifli Salleh from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Zulkifli Salleh
Category: General Novel
ISBN: 978-983-49-2327-3
File Size: 1.21 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Dalam sebuah “pengenalan” yang agak tuntas, penulis cuba menelusuri asal usul dan perkembangan takrif atau maksud budaya. Bermula dengan Ibn Khaldun termasuklah E.B. Tylor, Ruth Benedict, A.L. Kroeber, Cylde Kluckhohn, T.S. Eliot, Fernand Braudel, Cliford Geertz, Samuel Huntington, Immanuel Wallerstein dan Michael Denning, wujud pelbagai takrif budaya. Daripada begitu banyak takrif budaya yang juga mencerminkan kedinamikan dan kerumitan atau kekompleksan budaya, maka lahirlah “giliran budaya” dan kajian budaya. Kemunculan gerakan pengetahuan baharu, iaitu kajian budaya, mendorong penulis untuk mengetengahkan pemikiran antaranya termasuklah Antonio Gramsci dan Edward Said. Buku ini ditulis bukan oleh sarjana budaya dan budayawan semata-mata, namun berdasarkan pengamatan atau pemerhatian terhadap fenomena budaya yang jelas menunjukkan bahawa budaya bukan sahaja sesuatu yang luhur dan murni, tetapi budaya juga merupakan punca persengketaan atau konflik, baik dalam sesebuah masyarakat atau negara, mahupun di arena antarabangsa. Berdasarkan pengamatan penulis juga menunjukkan bahawa berlaku penolakan secara terang-terangan yang mungkin tidak menyenangkan terhadap fahaman pelbagai budaya. Meskipun buku ini merupakan himpunan esei atau makalah dan tidak mengemukakan perdebatan teori budaya secara khusus, penulis sebenarnya cuba mengesyorkan agar diberikan tafsiran dan kefahaman baharu tentang budaya sejajar dengan kedinamikan dan kekompleksannya.

Reviews

Write your review

Recommended