Siri Penguasaan Tatabahasa; Buku 14 Ayat Majmuk by Siti Hajar Abdul Aziz
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Author:
Siti Hajar Abdul Aziz
Category:
General Novel
ISBN:
978-983-49-2187-3
Publisher:
Dewan Bahasa dan Pustaka
File Size:
15.09 MB
(price excluding SST)
Synopsis
Buku Ayat Majmuk ini merupakan sebuah buku dalam Siri Penguasaan Tatabahasa dari aspek ayat. Kandungan buku Ayat Majmuk dimulakan dengan penerangan tentang maksud ayat majmuk. Penjelasan tentang konsep ayat majmuk tersebut diberikan secara perbandingan antara ayat majmuk dengan ayat tunggal. Pembahagian ayat majmuk yang terdiri daripada ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran turut dihuraikan. Murid dibimbing untuk mengenali setiap jenis ayat majmuk tersebut melalui contoh ayat dan latihan yang disediakan. Kaedah penyampaian isi kandungan buku ini adalah melalui bimbingan dan penerangan secara ansur maju. Aktiviti latihan dan penilaian juga disediakan bagi menguji pemahaman murid tentang sesuatu tajuk yang telah dipelajarinya. Buku ini bukan sahaja sesuai untuk murid, malahan dapat digunakan oleh guru sebagai panduan untuk mengajarkan ayat majmuk bahasa Melayu secara sistematik. Buku ini juga bermanfaat kepada mereka yang ingin mempelajari asas tatabahasa bahasa Melayu tentang aspek ayat yang betul.
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.