Putik-Putik Cinta by Luvis Eija

Putik-Putik Cinta by Luvis Eija from  in  category
Read using
(price excluding SST)
Author: Luvis Eija
Category: General Novel
ISBN: 9789670870823
File Size: 0.89 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Nur Auni, cerita hidupnya tidak seindah insan lain. Walaupun lahir daripada keluarga yang berada, tetapi hidupnya ibarat melukut di tepi gantang. Bukan dia yang menyisihkan diri tetapi dirinya yang selalu disissihkan. Semenjak dari kecil lagi dia terpaksa menghadap kebencian keluarga terutama mamanya, membuatkan dia membesar di dalam penuh persoalan. Kenapa? Atas salah dan silap apa dia dibenci? Ujian terhebat buat Nur Auni apabila dia dihalau keluar daripada rumah oleh papanya. Hampir setahun hidupnya melarat, mengharapkan ihsan dari sahabat baiknya Shima. Tambah malang lagi setiap kali dia berkerja, pasti ada sahaja masalah yang timbul di tempat kerja sehingga menyebabkan dia dibuang kerja dan menganggur kembali. Pertemuan pertamanya dengan Zafriel Irham yang tak terduga, melahirkan lagi pertemuan yang kedua kalinya. Namun, pada kali ini nyata cukup berbeza. Dia pekerja dan Zafriel majikannya. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata status majikan dan pekerja itu bertukar status pula menjadi 'suami dan isteri'. Dengan cara yang cukup mengaibkan, membuatkan dia semakin sukar untuk kembali kepada keluarganya. Betullah... Perkahwinan tanpa cinta, memang sukar untuk bahagia. Sikap dingin Zafriel cukup merimaskan Auni. Bukan sekali dia menuntut perpisahan daripada Zafriel. Berkali-kali! Namun jawapan yang diterima daripada Zafriel, hanya merobek lagi sekeping hatinya yang sudah lama pecah. "Kau dengar sini, Nur Auni! Aku tidak akan sekali-kalinya menceraikan kau, dan aku juga tak akan sekali-kalinya tinggalkan Mila. Belum tiba waktunya untuk aku lepaskan kau! Bila dah sampai masanya nanti, kau tak payah minta dari aku. Waktu itu, aku dengan rela hatinya akan lepaskan kau pergi. Kau faham?!” ~ Zafriel Irham Rupanya semua telah dirancang dengan teliti. Pertemuan pertama dan kedua mereka, perkahwinan secara tiba-tiba... segala-galanya telah dirancang dengan cukup teliti demi melunaskan sebuah dendam silam. Semuanya saling berkait. Tatkala segalanya terbongkar, hati mereka pula sudah mula berputik sayang. Mampukah sebuah kemaafan diberikan sedangkan sekeping hati Nur Auni bukan sahaja telah hancur, malah sudah lebur usai tersingkapnya segala kebenaran. Benarlah... hidup di dalam api kebencian dan dendam hanya membuatkan kita jauh dari ketenangan, apatah lagi untuk meraih kebahagiaan. Masih adakah lagi pelangi yang sudi muncul selepas taufan membadai?

Reviews

putik putik cinta
by siti nadzirah binti mohd nadzir on January 24, 2023

overall jalan cerita agak baik cuma pada bahagian awal, memberi impression bahawa watak utama wanita clumsy, kuat berangan, suka berfikiran negatif dan ada kecenderungan nak salahkan orang lain untuk kesalahan yang dia mulakan dulu, menjadikan dia bukanlah watak wanita yang menarik, ditambah jalan cerita yang agak perlahan dan terlalu banyak monologue. bagaimanapun pada penghujung cerita, penceritaan menjadi lebih baik

PPC
by norhasliza binti yusoff on July 14, 2023

worth to read

Write your review

Recommended