Destar Alam Melayu (Edisi Terhad) by Dr. Johan Iskandar
Synopsis
DESTAR ialah semua jenis hisan kepala yang penting dalam pemakaian busana Melayu. Ia mempunyai pelbagai pecahan seperti Tanjak, Tengkolok lelaki dan perempuan, Getam, Songkok, Semutar dan sebagainya. Justeru menyedari kepentingan warisan ini, pihak Universiti Malaya melalui Akademi Pengajian Melayu dengan kerjasama pelbagai pihak terutama PERNILAM telah bergabung tenaga untuk merealisasikan Seminar Destar Melayu dengan matlamat dapat memberi pendedahan kepada umum. Dengan itu, semua hiasan kepala dimuatkan dalam naskhah ini sebagai peringatan dan rekod akademia untuk kepentingan pada generasi akan datang.
Reviews
terbaik
Buku yang bergitu berinfomasi dan padat dengan ilmu..terima kasih kepada penerbit..saya kembali mengenal warisan nenek moyang saya..10 bintang dari sayA
terima kasih penerbitan buku ini maklumat warisan bangsa yang sangat bermanfaat.
Penuh dengan gambar pelbagai jenis destar. mustahil untuk didapati dalam buku lain. Kulit buku dan kertas yang digunakan juga amat berkualiti.
Buku destar alam melayu (edisi) terhad adalah rujukan tambahan daripada buku destar alam melayu (buku warna merah). Buku penuh dengan gambar warna dan pelbagai destar yang pernah dipamerkan di muzium Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Buku tanjak terbaik
penuh informasi dan maklumat yang berguna..sesuai buat semua agar warisan kita tidak hilang ditelan waktu
Susulan buku kedua. Lebih details dan lebih banyak Jenis destar!! Sangat informatif dan baik untuk Rujukan
Sarat dengan info tentang warisan destar yang seharus nya di ambil peduli oleh orang melayu agar tidak hilang khazanah leluhur.
saya lihat edisi kedua buku ini juga mantap, penuh dengan maklumat berkenaan destar warisan kita.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.