Dikaulah Seluruh Cinta by Adnil Zaff

Dikaulah Seluruh Cinta by Adnil Zaff from  in  category
Read using
(price excluding SST)
Author: Adnil Zaff
Category: General Novel
ISBN: 9789670870434
File Size: 2.27 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Menikahi lelaki muda? Oh, tidak! Mimpi ngeri rasanya. Namun itulah yang berlaku kepada Fatyma Zahra, seorang balu yang kematian suami. Di usia 40 dia mengenali seorang jejaka muda berusia 34 tahun. 

 

Namun adakah semudah itu dia jatuh cinta? Tidak! Muhammad Imran, jatuh cinta pandang pertama kepada ‘Puan Sri’ a.k.a bosnya yang sudah beberapa tahun menyendiri itu. Daripada nanar sendiri, lebih baik dia mencuba nasib. Puas diuratnya wanita itu. Liat! Fatyma memiliki beribu alasan untuk menolak cinta Imran biarpun hati sebenarnya suka. 

 

“You listen to me! I biarkan you dekat dengan I bukan untuk wujudkan hubungan cinta. Fikir baik-baik apa yang you katakan tadi. I ni mak orang! Dengan lelaki semuda you? Tak mungkin, Imran! Tak pernah termimpi pun. Jadi tolong jangan sulitkan keadaan I. I tak mahu timbul masalah yang tak sepatutnya.”-Fatyma 

 

Namun kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana. Rajuk setelah ditolak wanita itu, Imran membawa diri pulang ke kampung. Sudahnya Fatyma pula yang serba tidak kena. 

 

“I tak boleh. I lebih suka kita berjauhan saja. I tak boleh terus berhadapan dengan you dalam keadaan hati I macam ni, Puan Sri. I minta maaf. I tahu gaji di sana jauh lebih lumayan berbanding hasil potong buah sawit di ladang tu. Tapi di sini hati I lebih tenang. Sekurang-kurangnya...”- Imran 

 

“I agree.”-Fatyma 

“Agree about what?”-Imran 

“Kahwin.”-Fatyma 

 

Maka termakbullah pernikahan antara teruna dan janda itu. Sayangnya hidup mereka tidak mudah. Tentangan dari anak bongsu Fatyma yang enggan berbapa tiri menyesakkan hati si ibu. Ugutan entah dari siapa, semakin meruncingkan hidup mereka. 

 

Di kala diri sedang sayang, mereka diduga teruk oleh seseorang yang pernah berada di dalam hidup Fatyma. Muncul seorang lelaki bernama Fakhrul, menghulurkan pertolongan di kala mereka dahagakan jalan keluar. Tika itu terbukalah segala rahsia. Fatyma pernah merasa serik dengan perkahwinan. 

 

Namun bagaimana dengan perkahwinan keduanya ini? Dikaulah Seluruh Cinta, kisah utuhnya cinta seorang lelaki kepada wanita. Cinta tidak kenal pangkat dan darjat. Kerana semua itu kerjaan Allah. Biar diduga hingga tercabut nyawa di badan, kasih tetap dipertahankan. Setia tidak tergolok tergadai!

Reviews

Dikaulah seluruh Cinta
by on June 17, 2021

dah lama nk baca novel ni sejak terbaca sikit kat blog dan mmg x mengecewakan,best sgt ii

Dikaulah Seluruh Cinta
by Nor Azizah ramli on July 09, 2021

783 pages ambik masa 2 hari nak habiskan sb hayati setiap ayat. mmg best cuma Xbyk ilmu yg diperolehi cthnya bila sebut ttg kerja sebagai GM, Xtau dia buat kerja mcm mana..hehe lepas tu masa jalan2 ke Dubai... London..France..Mekah Xbawa pembaca hayati setiap tempat, namun Xmencacatkan lgsg jalan ceritanya sb ia bawa pembaca menghayati perasaan tu yg penting kan..so cerita ni utama nya adalah kisah seorang Janda yg cantik, mak mentua pun janda...last dpt menantu pun janda jugak..hepi ending yg Xbuat pembaca serabut sgt walaupun ada detik cemas geng mafia... kihkihkih

Dikaulah Seluruh Cinta
by Erda Iskandar on September 12, 2021

Sy suka writer adnil zaff ni. Storyline dia ada soul.. Cerita yg original.

Dikaulah Seluruh Cinta
by bellachan on May 08, 2022

Cerita yang sangat menarik. Perbezaan umur tidak mendatangkan masalah sekiranya saling memahami dan bertanggungjawab. Karya dari Adnil Zaff/Fazlyn Ridz selalu tidak menghampakan.

Write your review

Recommended