Bila Lagu Cinta Bergema by Wardina Aisyah

Bila Lagu Cinta Bergema by Wardina Aisyah from  in  category
Read using
(price excluding SST)
Author: Wardina Aisyah
Category: Romance
ISBN: 978-967-0657-31-8
File Size: 7.75 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Membesar tanpa kasih sayang ibu dan nenek kandungnya, hidup Balkish sering saja dihiasi dengan airmata. Hanya kepada Batrisya si kakak kandung, seluruh harapannya disandar. Namun tatkala rasa cinta di hati dikongsi dengan lelaki yang sama, Balkish terpaksa mengalah dan melepaskan cintanya demi sebuah pengorbanan. Setelah bertahun masa berlalu, Balkish mula membina hidup yang lebih tenang di kota. Namun perkenalannya dengan Hariz yang digelar Mr. Alligator mula mencipta pelbagai warna dalam setiap harinya. Mr. Alligator memang bijak menggoda, tapi tidak pernah setia kepada satu cinta. Sungguh, Hariz memang layak disamakan dengan buaya! “I rindu nak dengar suara you, wajah you, and everything about you. You buat I macam orang gila!” – Hariz Segila-gila sikap Hariz, Balkish lebih tertekan dengan permintaan gila ibunya. Dia didesak supaya berkahwin secepat mungkin demi kebahagiaan rumahtangga kakaknya. Si ibu bimbang jika ada cinta lama berputik semula. Tapi dengan siapa dia mahu berkahwin jika calonnya langsung tiada? Namun tanpa Balkish sedari, ada cinta di hati kukuh terpatri. Kali ini bukan mainan, bukan kosongnya omongan, tapi sebuah perasaan nyata yang dipenuhi rasa cinta! “Tak ada yang mustahil, Balkish. I benar-benar cintakan you. I nak kahwin dengan you. Kalau you tak cintakan I… you boleh belajar untuk menyintai I. Kita kahwin ye?” - Hariz Dalam keadaan serba salah, tertekan dan terdesak, akhirnya Balkish bersetuju mengahwini Mr. Alligator yang tidak pernah tersenarai sebagai calon lelaki idamannya. Biarpun berkahwin tanpa cinta, namun Balkish tetap mengajar dirinya mencintai si suami seadanya. Namun badai rumahtangga melanda apabila dia menjadi kebencian si ibu mertua dan adik iparnya sendiri. Kehadiran Syarifah Ezora juga semakin menyukarkan langkah kaki Balkish yang ingin mengejar bahagia. Mampukah Balkish terus tabah melalui satu persatu dugaan demi sebuah cinta yang baru terbina? Dan bila lagu cinta bergema, masihkah dia mampu tersenyum bahagia?

Reviews

Seronok dibaca
by PNM Reader on September 27, 2016

Saya cadangkan dibaca oleh kawan-kawan

bila lagu cinta bergema
by on December 12, 2018

good.. very good so romantic novel

Bila Lagu Cinta Bergema
by on February 27, 2019

Memang best. Recommended untuk dibace

Bila Lagu Cinta Bergema
by on July 24, 2021

Nice read

Bila Lagu Cinta Bergema
by on November 18, 2021

Masih boleh dihadam lagi cerita ini walaupun terdapat beberapa kesalahan fakta, nama watak, umur watak. Harap penulis membuat catatan penting mengenai latar belakang watak, umur, nama watak dan plot cerita. Contohnya : Ella dibesarkan di rumah anak yatim, tiada ibu bapa tiba-tiba dia bercerita mengenai ibu bapanya yang hidup bahagia. Umur Harriz sekejap 28, sekejap 27 dan usia kandungan Balkish 3 minggu + seminggu = 2 bulan? Tidak dinyatakan ujian DNA yang dibuat oleh Dr. Ilham mengesahkan Balkish anak saudaranya menggunakan sampel apa? Hanni belajar jurusan kedoktoran dan bukannya undang-undang. Tidak terganggu dengan gaya penyampaian penulis dan menerima seadanya penulisannya tetapi banyak meleret-leret. Boleh diperbaiki mutu penulisannya dengan mengurangkan kesalahan..

Bila Lagu Cinta Bergema
by on November 02, 2023

Senang difahami dan selesa dengan penulisan

Bila lagu Cinta bersemi
by Wan Nor Amirah Zuraifah Binti Wan Azman on February 17, 2024

best. sarat suka duka. suka watak balkish & batrisya

Write your review

Recommended